Sunday, October 27, 2013

Making #pulut seri muka#

Assalamualaikum semua...

Dah dua minggu rasanya blog ni tak berupdate.. ngeee ^_^....biasala..banyak tugasan yang nak di selesaikan...untuk post kali ni saje je nak share..haritu buat pulut seri muka..tetiba je teringin nak makan..:)
nak beli kat sini tengok macam susah sangat nak dapat..pastu mahal kan...makan pun tak puas...so aku  pun decide nak buat sendiri..heheheh 1st project kuih tradisional...

Actually tak pernah pun buat kuih ni ...kebetulan barang-barang nak buat kebanyakkan nye ada kat umah just beli pulut ngn kelapa je..so apa lagi start my project..pas siap masak tengah hari...sambil-sambil my lil pricess pun mood baik je...terusla ....

Alhamdulillah ni lah hasilnya...jom layan jela...


siap sudaa...tapi tak berapa cantik ngeh..ngeh ^_^

Thursday, October 17, 2013

Trip ke Cameron Highland bhg 1

Sebenarnya 2 minggu tak update blogni banyak bnda yang berlaku dan perlu di selesaikan..antaranya bercuti...di Cameron..hehehe..2 minggu lepas aku ngn en Somi serta my little princess Qalesya...alhamdulillah diizinkan untuk bercuti..dah lama teringin nak pegi tapi tak sampai-sampai juga..tapi yelah alhamdulillah..dapat jugak merasa..ni second time la aku ke sana. 1st time dulu zaman bujang2..tu pun pegi ikut rombongan bawak anak murid...heheh paham2 jela ye..kalau pg ngn rombongan bebudak sekolah yg kecik2 ni memg kecoh..tapi still enjoy...

Ok lah, kami check in hotel sebenarnya hari Ahad coz sabtu tu dah penuh...jadi bagi menghabiskan masa untuk Hari sabtu tu tanpa berlalu dengan sia- sia kami decide untuk pergi ke Halal fest dekat serdang sebelum balik ke Kuala Kangsar...kampung saya..alhamdulillah best jugak di sana..bnyak booth2 yang menawarkan pelbagai makanan & minuman yang berasaskan makanan sunnah...:) bagus2.. kat sana aku sempat singgah beberapa booth antaranya booth Natalia product...hehe coz macam best je product mereka yang satuni.. iaitu "Natalicious"...product susu kambing untuk preggy woman..heheh ..alhamdulillah mesti terkejutkan...iya..i'm pregnant again..rezeki cepat..terima jela...mudah-mudahan semuanya berjalan ngn lancar...kat sini sempat plk la kami bergambar dengan "Catriona Ros" pelakon tu..Cat...yang baru berhijab..rupanya dia Duta productni..wa...class gitu...
Then, dah penat berjalan kitorang pun terus gerak balik ke Kuala Kangsar, lebih kurang jam 2 petang.. sampai kat Kuala dalam pukul 6 petang...sonoknye balik kampung...sendiri..jumpa family.. mak ngn ayah aku memg seronok habis apa taknye cucu kesayangan balik...malamtu kami bermalam di kampung..Esok paginya lebih kurang pukul 10 terus gerak ke Cameron...sian mak ngn ayah..jumpa kejapje..tak pelah nanti kami balik lagi..sedih memang sedih..tapi nak buat macam mana..ajak ikut sekali tak mau...

Kami naik ke Cameron melalui jalan Simpang Pulai..jalannya selesa berbanding melalui Tapah. Cuma agak jauh sedikit. Untuk percutian kalini ni kami menginap di Hotel Equatorial, kat Tanah Tinggi..tempah melalui Asia Room..harganya agak berpatutan jugaklah..sebenarnya bagi yang ingin pergi bercuti aku suggest baik booking melalui agensi2 macamni..tak semestinya Asia Room, Agoda pun boleh..booking.com...mcam2..kerana mereka ni menawarkan harga yang berpatutan..Hotel Equatorialni selesa..cuma toiletnya je tak berapa best...semua toilet kat hotelni baik kat loby atau bilik semuanya tak de paip...so faham2 jelah ye...yang lain everything ok..selepas Check in ...kami berehat jap dekat bilik coz sian sangat kat Qalesya...takut dia penat kan..kalau ikutkan mama terus nak pi jalan..tapi tak sampai hati, en somi pun memang sgt penat..driverlah katakan...
otw ke Hotel

Suke sangat Qalesya main poskad

ketawa lagi ^_^

anak beranak suka bergambor :) sblum pg jalan2

Pas solat Asar kitorang pun turun bawah jalan kaki je coz hotel ni berdekatan dengan ladang strawbery dan KEA farm..pasar tepi jalan tu...1st sekali kitorang pegi Raju's Hill nampak luaran macam menarik tapi bila naik atas ermmm bolehla..cuma ruang untuk org melawat dibuka sangat  sekangkang kera.. yang lain ditutup..cz  ia khas untuk orang yang ingin petik sendiri buah strawbery tu...bayarannya adalan tak silap aku pakej bagi 4 orang RM60.00...kami orang tak petik pun..huhuhu jimat kos...turun bawah terus berjaln ke"KEA Farm".. wah kat sini memang sangat berpuas hati..tak meneysal kalau datang..harga sayur-sayur segar memang murah..macam tu la jugak bunga2 yang dijual..memag puas hati..walaupun sekadar pasar biasa...kat sini aku sempatla beli sayur dengan ubi keledek manis...kalau siapa berada kat sini memang rambang mata..best sangat...en somi plak beli key chain untuk staff ngn fridge magnet...:) kebetulan pulak my little princess ni kesejeukan la plak..dah bersweater bagai..tangan plak sejuk..so aku sempatla blikan dia satu glove strawbery yg cute..heheh murahje..RM5.00..selesai membeli belah ...malas nak balik bilik lagi so kami pun gerak kepekan Brinchang untuk mengisi perut..kat Cameron ni aku perhatikan kedai makan melayu kurang..dan tak banyak choice..yang bnyaknye Chinese restaurant ...so sebelum pergi make sure dulu tempat makan kat  mana supaya tak tercari-cari..tambahan lagi suasana kat Cameron ni ni bila dah pukul 6 keatas memang sunyi..kecuali pekan2.. yangtu aku tak sure tutup pukul brapa..tapi sebelum nak tempuh pekan tu memang sunyi dan gelap...ni my experience selepas balik daripada pekan Brinchang menuju ke Hotel..
me & Qalesya kt strawberry farm

pemandangan dari atas..sebelum ke KEA farm

en somi pilih key chain

me kat pasar sayur..

beli strawberry kat sini lg murah..

pilih ubi keledek..qalesya tido lagi..sejuk sangat kot..

makan malam kami...segar syur..

Qalesya..muncung mulut rasa jus strawberry.. :)


ok sambung lagi..sorry la entry kalini panjang sangat...heheh banyak sangat nak share...

Wednesday, October 16, 2013

Lembu Naik Bukit

Salam Aidil Adha kepada semua pembaca blog ini dan seluruh umat Islam..Semoga hari raya qurban tahun ini banyak memberikan kita pengajaran dan pembelajaran tentang erti sebuah pengorbanan..kerana maknanya terlalu besar...

Actually, tahun ini sebenarnya  2nd time aku beraya kat rumah mak mertua..:) cuma bezanya tahun ini kami beraya di sebuah perkampungan orang-orang kemboja di Sungai Buloh. Mak mertua aku ni mempunyai sebuah madrasah dekat situ. Jadi, bagi meraikan dan mengimarahkan madrasah merangkap surau, balai raya semualah boleh dikatakan..all in one kami mengadakah ibadah Korban kat sana. 2 ekor lembu yang disumbangkan oleh seorang Dato' alhamdulillah selamat dikorbankan...meriah jugalah sambutan dekat sana..
Rupa Madrasah yang abelakang khemah tu..(masih memerlukan bantuan lagi..bagi keselesaan pelajar..)

my mak mertua & adik ipar..


Lepas je semayang raya en somi, pun ajak lah aku, qalesya, ngn sorg adik aku ke Kubu Gajah nama perkampungan tu. Waktu kitorang sampai sekor lembu dah dikorban tinggal lagi sekor...huhu..so, sempatlah kami join sekaki melihat dan menolong orang kampung melapah lembu...

gotong - royong pembahagian daging

En somi tgh bagi daging kat org kampung..huhu :)

Apa yang istimewanya, selepas selesai aktiviti ni kami sekeluarga telah disajikan oleh orang kampung beberapa hidangan yang sangat sedap. hidangan ini sebenarnya hidangan tradisi masyarakat Kemboja. Tapi ada satu hidangan yang x boleh lupa... Makanan ini ala-ala steamboat tapi bukan.. nama hidangan ini ialah "LEMBU NAIK BUKIT" hehehe...bestkan nama..klasik gitu...aku rasa sebab hidangan ni namanya lembu naik bukit sebab periuk yang digunakan tu di tengah2nya berbonggol macam bukit. Then, hidangan ini kita makan time panas2..fuuuh sangatlah sedap ..caranya 1st sekali kita taruk mentega pada periuk..tapi makesurela periuk tu mesti diatas api yg sederhana..kemudian letakkan daging yang dipotong nipis, kubis, carrot, & kangkung atasnya..bakar daging tu hingga masak kemudian boleh angkat dan makan bersama kuah lada hitam..fuuhh memg sedap....

ni laaa.."LEMBU NAIK BUKIT"



Tuesday, September 24, 2013

Harini 1st day aku start keje dekat office my mother in law..huhuhu..ah lama tak rasa suasana office ....mula-mula tu cam pening- peningje...yela aku dah lama cutikan..tapi keje out door tu ade la..macam biasa "Home Tuition" yang aku kendalikan dah berkurun lamanya..mana boleh tinggal..dah sebati dalam jiwa..cuma aku tak masuk sekolah je...tapi masuk umah...heheheh...

Ni pamphlet  my tuition class..sape minat boleh call..:) 

Sebenarnya aku ni nak kata keje sangat tu tak jugak..tapi keje la still kena serius coz ada mission yang perlu deselesaikan..yang sebenarnya hadirnya akuni adalah untuk menolong mak mertua aku...(ayat skema...menantu mithali)...my hubbyla hartitu tetiba balik dari office...dia tanya boleh tak tolong mak..coz tak de orang nak buat account kat office..huhuhu...Mula-mula tu...aku tak tau nak kata apa..yela dah lama tak keje..mana nak handle rumah lagi..adoiyai...tapi bila pikirkan mak mertua aku..tak de sapa nak tolong so..aku dengan rela hatinya menerjunkan diri ....huhuu

hehe...my mission

So, harini..bermula la tugas aku  sebagai orang yang bertanggungjawab untuk manage kan account company mak mertua ku...sekaligus merangkap orang yang bertanggungjawab untuk mengutip bayaran kepada mereka-mereka yang susah sangat nak membayar tu..hurmm...ambik pandai..kan..nak bayar...sussahnye la hai...manusia-manusia..actually company mak metua akuni company Publishing..cetak Majalah, komik dan buku yang berunsurkan islamik nila...kalau pernah terjumpa Majalah Fardu Ain atau Komik UOK? haaa..betoi dah latu..itu yang company mak mertua aku la bikin..huuhuhu ayat promote...tak salahkan..lagipun bahan bacaan ni banyak info-info yang menarik tentang agama secara langsung dan tidak langsung yang boleh kita perolehi...

Lagipun aku rasa kita sebagai masyarakat moden seharusnya tidak terhad dengan sesebuah tajuk buku atau majalah sahaja untuk mencari ilmu..tetapi kita sepatutnya memperluaskan lagi bahan bacaan kita...selagi ia tidak bertentangan dengan agama...Ilmu Allahkan maha luas....terpulang kepada kita bagaimana untuk mencari jalannya...

Majalah Fardu Ain..jangan lupa dapatkan di pasaran!! :)

Saturday, September 21, 2013

Cuci mata..with my family

Lama sudah tak update apa2 entry dalm my blog ni...kalau rumah agaknya dah bersawang-sawang dah..biasala..aku ni macamnila..bukannya tak nak update entry kadang rasa penat sangat..jadi niat nak update tu terkuburla...huhuhu....

By the way untuk entry kalini aku nak share ...yang semalam aku dan en hubby bawak Qalesya pegi ke "Pameran Dinosaur" yang bertempat di Muzium Alam Syah, Shah Alam...mula2 pergi nak masuk tu macam excitedla...TAPI....bila masuk..hurmmm indah khabar dari rupa...ini just my pendapat jela..sikit sangat Dinosaur nya..dan kawasan exhibition pun sangat2 terhad...aku rasa dalam 10 minit atau 15 minit pusing dah siap...tapi ok la Qalesya still enjoy bila jumpa dinosaur yang pelbagai rupa dan bentuk tu...huhuhu...but as a mother and visitor aku harap pihak muzium dapat upgrade lagila..setiap kali mengadakan exhibition ni...contohnya..ada games, tambahkan lagi dinosaour..apejela yang menarik minat pengunjung kanak-kanak terutamanya..coz berdasarkan pemerhatian aku...parent yang ke sana tu semua bawak anak2 kecil...

bayaran untuk masuk ke exhibition ni ialah RM10.00....jadi sesiapa yang nak cuba bawa anak-anak..datangla..ada juga terdapat info-info tentang dinosaur ini..pada setiap replika..


Qalesya n papa...

Lepas penat2 kitorang pusing satu muzium...my hubby ajak cari tempat makan kebetulan aku ada goreng mee, so bawak bekal la..jimat kos..huhuhu..so kitorang decide ke Taman Tasik Shah Alam...disebabkan sampi lebih kurung pukul 4.30 petang tak susah sangat nak mencari parking...kami pun cari lokasi yang strategik..untuk mamam....Qalesya pun aku dah bekalkan nestum...so tak de masalah...we are enjoy it....pas makan jalan2 pusing taman...alhamdulillah kat Taman Tasik ni di sediakan surau dan tandas yang bersih walaupun kecil..kira okla kan..semua ada...nak solat senang..nak ke kamar kecil pun senang..selesa...kalau bawak anak-anak kecil dan family...beriadah kat sini..actually this is my first time aku datang ke taman tasik ni...Kebetulan pula..tengah dok bersantai terjumpa pula kawan kira collegemate la kat KUIS dulu...huhuhu sebenarnya lama sudah tak berjumpa...borak punya borak..pukul 6.30 baru kitorg balik....sampai Qalesya tertido-tido...tunggu mama ngn papa borak..alamaklumla..my hubby dengan I memang collegemate pun jumpa plak kawan...pa lagi...

Qalesya n me..baru pas makan..

suke sangat Qalesya..

Thursday, May 30, 2013

Roti canai gebu bertukar jadi roti canai crispy

Assalamualaikum semua....

Rasanya lama jugak x upload apa-apa post dalam blog ni...macam biasala..sangat sibuk...yang penting niat untuk berblog masih ada...kalini aku nak citer pasal roti canai...hmmm sebenarnya baru je blajar buat roti canai ni saje je kan..asyik makan roti canai mamak je..apa salahnya  berubah rasa plak..roti canai home made...lagi bersih dan terjamin kualitinya...ceeewah..btul tak ...so hasil mengoogle..aku pun decide la pagini nak buat roti canai...semangat berkobar-kobar...
alhamdulillah proses pertama menguli dan merehatkan berjalan ngn lancar..

TAPI...

keadaan telah berubah apabila en Hubby dengan rasa sukarelanya menawarkan diri nak jadi ane tebar roti canai...huhu aku  pun merestuinyela...lepas ktung tang...ktung...plapek..plapuk....hasilnya..hahahah roti canai gebu bertukar roti canai crispy....krup2..krup2...makan...jadilah....tak pela aku cakap kat en hubby practise make perfect..cuba lagi.....


Fasa 1 : siap untuk direhatkan...

En Hubby sedang bertungkus lumus...dan hasilnya....

Thursday, May 9, 2013

craving to be a baker..hahaha

Dah lama rasanya x write something dalam blog ni..sibuk sikit...banyak nak kena uruskan..cewah....ala2 macam PM plak ...hmmm tak taula sekarang ni makin menjadi2 plak minat aku dalam bakeryni....dasyat2...minat ni sebenarnya menjadi-jadi semasa pregnant kat Qalesya....si musyuk macam mama...:) then sampai la harini...minat tu mcm makin bertambah-tambah pulak..macam terlebih tambah baking powder dalam tepung..hahaha..dan semakin bnyak la pualak buku-buku resepi di dalam library kat umah...tak pekan..tambah ilmu...

this week ni aku tringin sangat nak wat cream puff  ngn kek choclate moist...so yummy....nanti iallah kalau dah berjaya misi ni kita upload gambar....ye,,,,