Monday, April 19, 2010

My Foto

huhuh... pertama2 sekali aku nk ucap thanks a lot la kat bloger...Lyana hishim..cz memberi tips untuk megedit gambo...

malam ni aku sangat teruja untuk edit gamabr ni..sangat...sampai rambang mata di buatnya...sgt best...


my cake..huhuhu


kek ni aku wat waktu weekend haritu ..saje2 x tau nak wat pe..so buatla..lgpun dh lama x buat kek..huhuhuh...



zaman mude..ekekeke


berangan..huhuhu





suker2...hati je..


bunga2...huhuhu

Tuesday, April 13, 2010

KEM MOTIVASI UPSR

Assalamualaikum...ok kat sini saya nak wat announcement ttg satu program kem motivasi UPSR...ok kem ini di anjurkan oleh sekolah saya iaitu Sekolah Rendah Islam Pintar Al-Amin ..Kem ni terbuka untuk pelajar2 yang nk ambik UPSR lelaki dan perempuan.ok dibawah ni ade info lengkap tentang kem ni...anda blh baca ye..mmg menarik...

KEM MOTIVASI PINTAR

(UPSR)

Tempat : C.OM.M.O.N.W.E.A.L.T.H

Forest Park & Resort

Tarikh : 14, 15, & 16 Jun 2010

Bayaran : RM 350.00 Seorang

Umur : 12 Tahun (Lelaki & Perempuan)

Pengenalan

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah satu penilaian terpenting dalam sesi awal persekolahan peringkat rendah dan merupakan satu garis pengukur serta timbangan

kelayakan bagi memulakan satu langkah ke mercu kejayaan.

Oleh kerana rasa prihatin dan tanggungjawab, maka kami terpanggil untuk mewujudkan satu kursus bersepadu yang di panggil (Kem Motivasi Pintar). Kem motivasi ini khusus menjurus kepada :-

· Teknik menjawab soalan peperiksaan

· Jati diri

· Pembentukkan solah yang sempurna

Harapan besar kami , dapat melahirkan satu generasi yang cemerlang lagi beriman serta bertakwa dan beramal. Doakanlah kami agar dapat melahirkan generasi yang soleh dan solehah.

Fasilitator

· Kem ini dikendalikan oleh guru-guru pakar yang berpengalaman dalam pemeriksaan kertas peperiksaan.

· Penceramah yang berpengalaman di dalam bidang pendidikan

Modul

· Pelajar akan di bimbing mengikut kaedah sebenar menjawab soalan peperiksaan.

· Pelajar dapat berinteraksi secara terus dengan guru tentang permasalahan yang di hadapi.

· Melahirkan generasi yang beriman dan teguh dengan jati diri seorang Muslim.

· Melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis.

· Memperkukuh keimanan dan keyakinan terhadap Pencipta

· Memberi kefahaman dan kepentingan dalam ibadah

Tempat

· C.O.M.M.O.N.W.E.A.L.T.H Forest Park & Resort

· Mempunyai persekitaran hijau yang menarik sesuai untuk proses pembelajaran dan aktiviti lasak. Kerana ia dapat meningkatkan kecerdasan minda (IQ), kestabilan emosi (EQ), ketenangan rohani (SQ) dan kecergasan fizikal.

· Berkonsepkan rekreasi

· Kemudahan yang lengkap dan selesa di sediakan. Contohnya chalet (pendingin udara), cafeteria, surau, tandas dan lain - lain lagi.


Kat bawah ni adalah modul2nyer..

Modul

Tahsin Durus

· Bengkel teknik menjawab soalan peperiksaan B.Melayu (Penulisan&pemahaman), B. Inggeris, Matematik, dan Sains.

· Teknik Belajar dengan Betul Merangkumi:-

1. Strategi Mengulangkaji Pelajaran

2. Strategi Menganalisis Pelajaran

3. Strategi Ingatan, Gambar Rajah, dan Imaginasi.

· Mengenali Potensi Diri


Tahsin Solat

· Kepentingan Solat

· Kaifiat Berwudhuk

· Kaifiat Solat Sempurna

· Memperbaiki Bacaan Dalam Solat

· Rahsia Gerakan Mengikut Sains / Kesihatan

· Kesalahan — kesalahan Dalam Solat

· Hafalan Doa dan Wirid Selepas Solat


Tahsin Akhlak & Jati diri

· Qiamullaili

· Perjalanan Sufi

· “Team Building”

· Paint Ball

· Obstacle

· Eksplorasi Alam

· Menunggang Kuda

· Membuat Rakit


ok jika anda ade anak, anak saudara ke kawan2 ke yang nak join program ni

silakan ye..dan sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :


e-mail : noor.fatahiyyah@gmail.com

Phone : 019 521 0514




Monday, April 12, 2010

fikiran yg cacamerba

huuh...entah aku x tau nk cakp ape..buat ni salah buat tu salah...semuanya serba x kena...semuanya buatkan fikiran aku rungsing.luaran ye..aku mampu..senyum..mampu ketawa..tp hati ni..hmm penat la mcm ni...x keruan..aku x tau ape bnda yang aku cr...sampai aku x bertemu..aku x tau degn siapa mahu berbicara...entahla yg penting aku rasa sepi untuk itu bertandang...

aku x tau apa yg blh buat hati ni kembali tenang..kembali bhgia...ya...mgkin terlalu mengikut perasaan..tp tak jgk aku cb kuatkan hati..aku cb fikirkan bnda yg indah2 tp..arghh akhirnya aku kalah...kalah dengan perasaan sendiri...

aku selalu memotivasikan murid2 sendiri..huhu tp kadang2 diri aku sendiri perlu di motivasikan...yela aku manusia biasa..mcm la jgk data dalam komputerkan sekali sekala nk jugak di up date...br la x lapok kan...
semangat, gembira...datangla....datangla meresap dalam jiwa aku...

argggghhhh yang penting aku bosan la...

Wednesday, March 31, 2010

cemburu..aduh..sakitnya...

seperti yang dijanjikan dalam Fb aku nak posting tajuk cemburu..huhuhu..nampak cam jiwang tapi..jiwang la kot..terpulang kepada persepsi masing..apa itu cemburu? cemburu melihat kejayaan orang lain,cemburu melihat kebahagiaan orang lain,cemburu tgok orang cantik, cemburu bl pasangan kt rapat dgn orang lain..huhuhu actually cemburu ni ade bermacam-macam jenis....



dan cemburu juga ade yang membawa kepada kebaikan dan keburukan...malah keruntuhan..tu yang paling teruk dan dasyat..tapi betul ke cemburu itu tanda Sayang? kalau tak cemburu x sayang ker?...haaa..fikir2...kadang kala cemburu ni selalu dikaitkan dengn perempuan..sebab ape hati perempuan ni lembut ..midah sgt tersentuh..walau pun degil...tp perasaan tu tetap ade..lelaki pun ade perasaan tu tapi selalu menafikannya sebab apa? sebab ade perasaan EGO yang menebal dalam diri..btul x?itu hanya pandangan aku..kita ni manusia biasa...Allah sentiasa memberikan kita anugerah pelbagai perasaan...itu hakikatnya...



Cuma yela kalau aku..aku x suka bl perasaan cemburu itu hadir dal diri aku..ya..aku seorang yg boleh dikatakan cepat cemburu la jgk huhuhu....(pecah rahsia) tp masih boleh dikawal...yeke? terpulang kpd yang menilai..ini aku bercakap apa yang aku rasa. Kenapa aku x suka bila perasaan ni hadir..yang pertama...


  1. bl aku rasa cemburu..my life akan rasa x tenang..

  2. Fikiran selalu negative terhadap orang yg kt cemburu

  3. blh terjadinya pergaduhan..

  4. menyukarkan juga life pihak yang kt cemburu tu..btul x?

tapi yela..perasaan ni x blh tidak..pasti akan hadir..walu aku lari..dan lari ia tetap hadir dan aku perlu melaluinya...cuma terpulang kepada diri aku untuk mengawal perasaan ni..biasanya perasaan ni akn lahir atau wujud pada orang yang kita sayang...x kira la mak ayah, suami,adik beradik, teman istimewa...


aku ingt lagi waktu aku kecik2 dl..aku suka cemburu dengan mak..aku x suka kalo blik kampung mak pergi kedai bawak orang lain x bawak aku...aku x suka kalo mak main badminton dengn orang lain x nak main ngn aku walaupun waktu tu aku pukul shuttle pun x pandai...heheheh...pernah satu haritu mak pergi kedai..x bwak aku sekali..bwk m.cik aku..yang waktu tu umur dia lebih kurang aku jgk cm tua beberapa thun x silap aku aku darjah 2 dia drjah 4..camtula..waktu mak pg kedai tu aku kt umah tulis..bnyak2 kat dalm kertas note pad .."Mak x syg k.yong" pastu aku sangkutkan semua kertas2 yang aku tulis tu kat pagar umah atok..biar dari jauh mak blh baca...huhuhu..klakar kan..teruk btul perangai...

Tips mengawal pasangan yang cemburu

  1. terima hakikat yg sebenarnya dia tidak mahu mnyakiti hati kamu..mgkin sifat semula jadi...seseorang..
  2. cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri sendiri..puji dia jika perlu..zahirkan rasa cinta..terhadap dia..walaupun dengn perkara2 yang simple..
  3. berbincang dengn pasangan tentng apa punca cemburu itu..terjadi..

Atasi sifat cemburu (sesuai untuk aku jgk)

  1. Hormati pasanagn kamu lelaki/perempuan). Dia juga ada hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain..(btulkan?)
  2. Bagi diri sendiri masa..Think +ve..tenang2..jgn main sembur je...
  3. Tuliskan apa perasaan kamu bila kamu cemburu..marah,menangis,geram..adakah kamu ingin meneruskan cara hidup kamu dengn terus memndam perasaan ini...jawapannya tidak..(so bersedia untuk berubah walaupun ianya sukar)
  4. Bagaimanakah cemburu kamu boleh meledak..fikirkan..adilkah kepada dia..jika dengn memberi senyuman kepada orang lain itu yg membuatkan kamu cemburu..huhuh..(agak sukar tapi perlu control keadaan)
  5. Bina keyakinan diri..luaskan persahabatan..

semoga bermanfaat kepada semua...tips ni aku ambil skit dari tuan empunya blog(www.cintadearhaniey.wordpress.com).. tapi aku dah olah skit2..huhuhu



Tekanan Darah Tinggi + Strok

Tetiba malam ni terasa nak menulis pasal penyakit darah tinggi atau dgn nama lainnya ialah hypertesion...x salahkan...mgkin ianya boleh mnjadi rujukan utuk sahabat2 yang lain...kadang kita ni malas kalo nk bc info yg penulisan nye agak serius..jadi kalo dalam blog ni penulisannye agak snatai so skit sebnyak boleh mengundang sesiapa untuk membacanya secara tak lagsung...btulke aku cakap ni?...hehhe btul la..ini pandangan aku...

apa yang dikatakan hypertension ni ialahm erujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi. Kalo biasa tekanan darah kita ialah 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

kalo aku hrtu last aku check tekanan darah aku agak rendah...120/70 mmHg..tp x la kritikal..biasa2je..perlu mkn mknan yg berkhsiat skit huhuhu..

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan
dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:
  • Otak
  • Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
  • Penyakit jantung seperti :
o Coronary Heart Disease
o Congestive Heart FailureLeft Ventricular Hypertrophy• Komplikasi pada mata
o Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
o Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy

  • Komplikasi pada buah pinggang
o Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi,Microalbuminuria, Proteinuria).
  • Peripheral vascular disease seperti
o Aneurysm
o Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive/Darah Tinggi?

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat
  • tanpa menggunakan ubatan
o Perlu mengubah amalan cara hidup anda
o Amalkan pemakanan sihat
o Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
o Melakukan senaman (jalan kaki pun ok..x yah jogging)
o Kurangkan berat badan jika berlebihan
o Atasi tekanan secara berkesan
o Berhenti merokok

so bg sesiapa yg rasa ada pnyakit drh tnggi tu better la pg check Dr tekanan darah..then control la pemakanan...kadang2 kt ni skit sebabkan pemakanan yg terlampau..semua bedal...penyakit ni nak datang senang tapi nk sembuh susah sgt....


(info : http://www.infosihat.gov.my/)

Monday, March 29, 2010

boleh ke aku jadi "IBU"....??

erm...semalam aku punya life macam biasa balik mengajar kat sekolah..rehat sekejap...pg mengjar mengaji plak kt tmpt tuisyen...hmm penat memg penat...tp itu adalah salah satu rutin harian yang aku anggap memenuhi keperluan kehidupan aku sebagai seorang manusia..yang inginkan sesuatu yang luar biasa...hehehhe pada aku la..orang lain keje lg teruk kot...minggu ni..memg aku x rehat langsung..hari mggu ingtkan dapat la pg pesta buku...tp huhuhu sedey x blh pegi..ada perkara yg lebih pntg yang memerlukan khidmat aku..mana lagi kalo bukan tmpt tuisyen aku tu...aku terpaksa handle kem solat kt situ..seng citer kalo x de aku..x leh jalan ar program tu...hahahha riak la plak...biasala ustazah otai...heheheh....x kesahla...yang pnting alhamdulillah...aku dapat sampaikan apa yang aku ade...

huhuh..sebut pasal semalam..huhuh ade adengan yg x dapat aku lupakan...dan secara x lgsung aku terfikir...blh ke aku jadi ibu? ......., semalam pas aku ajar anak murid aku mengaji dan bacaan Jawi..aku pun bersiap nk blik..dh siap sign attndent semuala...kebetulan kat tampt aku mngajar tu ad dua orang budak...sorg yg lelaki tu umur 3 thn..yg permpuan lebih kurang 1 thn lebih kot..adik beradik la kiranye..then..waktu tu...diaorang punya guardian x de cz kluar sekejap..ad hal pnting...so yg jg bdk ni adalah anak2 yang tggl kat situ umurnya linkungan 13 dan 14 tahun..kira blh diharap jgkla sikit...budak2 tu yg aku ajar tuisyen kat situ jgk la yg tgok kn bdkni cz diorang mmg tggl kt situ...

then bl aku dah nk kuar pintu umah tu..aku dengarla budak menangis...so aku ingt biasa2 jela..yelakan bdk2...main..gaduh..nangis skit2...biasala....aku pun wat x tau la...aku pn kluar dah nk masuk kete...sekali ade anak murid aku yg sorang ni jerit kat pintu..."ustazah....tolong kjap...tgok kan tgn Is, tersepit pintu.." huahuaa..aku dah cuak dah..then aku masuk blik..Ya Allah hai...siannye tangan si kecil Is tu memg dh teruk berdarah, darah menitik2 waktu tu..habis tudug aku pn kn..memg teruk sgt..2 jari tu kulit dah memg terkopek dah,,then ngn kuku2 pun dah hampir nk tercabut...fuuh memg dasyat...

then aku dukung si kecil Is dan aku ajak sorang anak murid aku untuk pegangkan Is dalm kereta....yg adik kecil sorg lagi terpaksa aku tggalkan ngn anak murid aku yg lain...mudahan selamat...kebetulan plak..akuni memg sengal sikit..huhuhuh..duit plak x de kat tgn ad RM20 je..terpaksa la pg singgah Shell jap ambik duit Ahamdulillah dekat je..then terus aku bawak pg klinik...sampai kat Klinik aku register nama dia ..then terus masuk emergncy room la dl kiranya,...huhuhu..ni 1st time aku mgadap bnda2 mcm ni tetiba terasa macam "ibu" plak...
x pela jadi ibu semntara..ni pngalaman kan..kt blajar dr pengalamn...alhamdulillah Dr yg rawat Is pandai Psiko dia kalo tidak confirm meraung2 dia..Tapi aku tau Si kecil Is ni juga punya kuat semnagat...sebab kalo tgok pada 2 jari yg kena tu memg teruk...

Mula2 tu sebelum buat ape2 Dr bg dia makan ubat tahan skit...then pujuk2 dia bgi gula2...pastu dia cam dah ok..aku pn pujuk2 dia ckp dia ultrman la...apela...power rangers la sumer klua..heheheh...Dr bersihkan luka dia...then Dr cakp dua kuku dia memg x dapt nk diselmatkan..cz kuku dia mmg "mati" cz dh terkopek kan...kalo biar pun dia akn mereput..atau kn cabut..fuuh..cabut kuku tu..gerun btul aku..tp waktu tu aku x blh wat decision...cz untuk cabut kuku tu pun mesti ade permission dr parent kan..so alhamdulillah x lama pastu ayh dia pun datg...then ambik keputusan..kuku dia dicabut la..hmmm waktu nk cabut kuku tu..wah...
sian sgt kt dia...memg sakit sgt2...x dpt aku nk byangkan...

tp alhamdulillah selesai jgk...bkn ape kalo x cabut kuku tu lagi susah.tgn dia x blh "genggam".ape pun kuku yang baru akan tumbuh balik dalm masa 2 hingga tiga bulan...mengikut kata Dr tula...huh....alhamdulillah selesai jgk akhirnya....dan Is dah blh senyum skit....

hmm semalam aku blik umah lewat la skit...hmm..kadang terfikir gak ganster2...and otai aku pun masih ade sifat2 keibuan tu huhuhuhu...perasan la plak erk...hehehh..x dela kadang2 bl umur dah mningkatni..teringin nk rasa mcm mn ada ank sendiri...hurm..iAllah masanya akan tiba...sabar ye...bukan kemaruk nak kawen or nak ade anak tap bg aku itu adalah fitrah kehidupan...dan itu adalah keinginan....yang lahir dalam hati aku... gangster tau otai itu mgkin luaran kot...tp dalaman sape yg tau...hehehhe

Tuesday, March 23, 2010

Tempahan Batik Kaftan



salam...dah lama rasanya busana2u.com menyepi...ok untuk produk kali ni busana2u menawarkan anda koleksi batik kaftan dengan pelbagai corak dan warna yang menarik,selain itu bagi mereka yang ingin menempah kain ela juga pihak kami menerima tempahan....apa yang menarik tentang koleksi ini:
  1. Corak boleh di hasilkan mengikut kemahuan anda..(anda bagi contoh corak yang anda gemari dan kami akan lukis mengikut corak tersebut)
  2. Anda juga boleh memilih warna yang anda sukai.
  3. Corak pada kain ini adalah dilukis sendiri..bukan di cetak.
  4. Tidak luntur..
  5. Kain dari Fabrik Sutera.
  6. Harga yang ditawarkan untuk sepasang kaftan ialah RM30.00
  7. Untuk kain ela (4 meter = Rm55.00)
  8. Jika berminat boleh hantarkan e-mail kepada saya : noor.fatahiyyah@gmail.com
  9. Pembayaran boleh di buat melalui bank Islam;no akaun 14-014-02-082098-6 (Noor Fatahiyyah bt Mohd Amin)
  10. Tempahan boleh di buat bermula sekarang hingga 1 Mei 2010
  11. Bayaran Pos ialah RM5.00 (untuk sehelai/sepasang)
















kain ela 4 meter


kain ela 4 meter

btik kaftan corak bahagian depan

batik kaftan 1

Batik Kaftan 2
Corak bahagian belakang

corak bahagian hadapan