SURAH AL-KAHFI
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat" SURAH AS-SAJDAH
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata: "Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk"
SURAH YAASIN
Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata: "Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khusunya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran".
SURAH AD-DUKHAN
Daripada abi Hurairah .a. berkata :nabi saw telah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya".
SURAH AL-WAQIAH
Rasulullah saw bersabda: " Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya"
SURAH AL-MULK
Daripada Ibnu Abbas .a berkata: "Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!" Dan Nabi saw bersabda: "aku suka jika surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku". SURAH AL-HASYAR
Nabi saw bersabda: "Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyar maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati
syahid" "Ya Allah..Berikanlah daku kekuatan untuk mengharungi mehnah dan cubaan dari Mu dengan penuh kesabaran..."
2 comments:
salam ziarah
ada pendapat spt Ibnu Qayyim menyatakan yg semua hadis yg berkenaan fadhilat sesuatu surah untuk mendapat yg tertentu adalah hadis rekaan semata2. Cuma ada satu hadis sahih yg menyatakan setiap satu huruf dari Al Qur'an yg dibaca ada ganjarannya i.e. aliff - lam - mim (sahih Muslim).
ada pandangan anda?
to AyKay > salam..syukran sudi ziarah. sy x berani nk comment pasal hadis2 ni cz sy kurg arif. tetpi pada pndangan sy setiap surah yg diturunkan oleh Allah s.w.t pasti ada kelebihannya. Dan kita sebagai khalifah perlu mgkaji nya. walahu'alam
Post a Comment