Kasut adalah pelengkap gaya bagi seseorang tidak kira lelaki ataupun wanita. Kalau bagi saya,
saya memang suka berkasut tinggi salah satu sebabnya saya boleh digolongkana dalam golongan yang rendah.
Jadi untuk Nampak lebih menarik dalam penampilan sekaligus kata orang nak belagak macam tinggi
saya akan kenakan kasut tinggi. Walaubagaimanapun untuk memakai kasut tinggi kita perlulah meneliti
beberapa aspek penting. Bukannya apa bimbang pergerakan kita akan terbatas, kadangkala bila berjalan
agak lama sedikit tumit akan sakit, dan yang paling penting takut terpelecok. Untuk pengetahuan
sahabat-sahabat semua waktu pertama kali saya mencuba memakai kasut tinggini saya pernah mengalami kaki terpelecok..
huhuhu memang sakit yela bayangkan anda punya buku lali (ankle) terseliuh sakitkan?
Oklah untuk ruangan tips kali ni saya nak kongsikan tips untuk mencari
kasut tinggi yang sesuai untuk
sahabat-sahabat semua, agar kaki kita selesa dan iAllah untuk mengelakkan
kaki terpelecok atau terseliuh. Bukan kah prevention is better then cures?
So jom kita ikuti tips ini…
1. Bagi mengelakkan tumit kaki pecah atau merekah kasut tinngi yang paling sesuai
dua setengah inci, kalau tiga inci pun boleh tapi perlu berhati-hatila.
2. Anda seelok-eloknya memakai kasut tinggi selama enam jam sehari
tidak digalakkan lebih dari itu. Jadi untuk mengelakkan sebarang masalah
anda harus mempunyai simpanan selipar di pejabat.
3. Bagi anda yang ingin berjalan jauh, janganlah memilih kasut tinggi
untuk digayakan. Ia boleh menyebabkan anda mengalami sakit belakang atau sakit di
bahagian buku lali.
2 comments:
Saya memang tak berapa gemar kasut tinggi. Sebab saya tak kurus dan tak rendah orangnya, dan sejak kaki tercedera semasa bersukan, memang layan kasut flat ajer, sebab sakit kaki..Yang penting selesa..
huhu..sebenarnya kasut flat lg selesa..dan pantas bergerak..
Post a Comment