Assalamualaikum...ok kat sini saya nak wat announcement ttg satu program kem motivasi UPSR...ok kem ini di anjurkan oleh sekolah saya iaitu Sekolah Rendah Islam Pintar Al-Amin ..Kem ni terbuka untuk pelajar2 yang nk ambik UPSR lelaki dan perempuan.ok dibawah ni ade info lengkap tentang kem ni...anda blh baca ye..mmg menarik...
KEM MOTIVASI PINTAR
(UPSR)
Tempat : C.OM.M.O.N.W.E.A.L.T.H
Forest Park & Resort
Tarikh : 14, 15, & 16 Jun 2010
Bayaran : RM 350.00 Seorang
Umur : 12 Tahun (Lelaki & Perempuan)
Pengenalan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah satu penilaian terpenting dalam sesi awal persekolahan peringkat rendah dan merupakan satu garis pengukur serta timbangan
kelayakan bagi memulakan satu langkah ke mercu kejayaan.
Oleh kerana rasa prihatin dan tanggungjawab, maka kami terpanggil untuk mewujudkan satu kursus bersepadu yang di panggil (Kem Motivasi Pintar). Kem motivasi ini khusus menjurus kepada :-
·Teknik menjawab soalan peperiksaan
·Jati diri
·Pembentukkan solah yang sempurna
Harapan besar kami , dapat melahirkan satu generasi yang cemerlang lagi beriman serta bertakwa dan beramal. Doakanlah kami agar dapat melahirkan generasi yang soleh dan solehah.
Fasilitator
·Kem ini dikendalikan oleh guru-guru pakar yang berpengalaman dalam pemeriksaan kertas peperiksaan.
·Penceramah yang berpengalaman di dalam bidang pendidikan
Modul
·Pelajar akan di bimbing mengikut kaedah sebenar menjawab soalan peperiksaan.
·Pelajar dapat berinteraksi secara terus dengan guru tentang permasalahan yang di hadapi.
·Melahirkan generasi yang beriman dan teguh dengan jati diri seorang Muslim.
·Melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis.
·Memperkukuh keimanan dan keyakinan terhadap Pencipta
·Memberi kefahaman dan kepentingan dalam ibadah
Tempat
·C.O.M.M.O.N.W.E.A.L.T.HForest Park & Resort
·Mempunyai persekitaran hijau yang menarik sesuai untuk proses pembelajaran dan aktiviti lasak. Kerana ia dapat meningkatkan kecerdasan minda (IQ), kestabilan emosi (EQ), ketenangan rohani (SQ) dan kecergasan fizikal.
·Berkonsepkan rekreasi
·Kemudahan yang lengkap dan selesa di sediakan. Contohnya chalet (pendingin udara), cafeteria, surau, tandas dan lain - lain lagi.
Kat bawah ni adalah modul2nyer..
Modul
Tahsin Durus
·Bengkel teknik menjawab soalan peperiksaan B.Melayu (Penulisan&pemahaman), B. Inggeris, Matematik, dan Sains.
·Teknik Belajar dengan Betul Merangkumi:-
1.Strategi Mengulangkaji Pelajaran
2.Strategi Menganalisis Pelajaran
3.Strategi Ingatan, Gambar Rajah, dan Imaginasi.
·Mengenali Potensi Diri
Tahsin Solat
·Kepentingan Solat
·Kaifiat Berwudhuk
·Kaifiat Solat Sempurna
·Memperbaiki Bacaan Dalam Solat
·Rahsia Gerakan Mengikut Sains / Kesihatan
·Kesalahan — kesalahan Dalam Solat
·Hafalan Doa dan Wirid Selepas Solat
Tahsin Akhlak & Jati diri
·Qiamullaili
·Perjalanan Sufi
·“Team Building”
·Paint Ball
·Obstacle
·Eksplorasi Alam
·Menunggang Kuda
·Membuat Rakit
ok jika anda ade anak, anak saudara ke kawan2 ke yang nak join program ni
silakan ye..dan sebarang pertanyaan boleh hubungi saya :
huuh...entah aku x tau nk cakp ape..buat ni salah buat tu salah...semuanya serba x kena...semuanya buatkan fikiran aku rungsing.luaran ye..aku mampu..senyum..mampu ketawa..tp hati ni..hmm penat la mcm ni...x keruan..aku x tau ape bnda yang aku cr...sampai aku x bertemu..aku x tau degn siapa mahu berbicara...entahla yg penting aku rasa sepi untuk itu bertandang...
aku x tau apa yg blh buat hati ni kembali tenang..kembali bhgia...ya...mgkin terlalu mengikut perasaan..tp tak jgk aku cb kuatkan hati..aku cb fikirkan bnda yg indah2 tp..arghh akhirnya aku kalah...kalah dengan perasaan sendiri...
aku selalu memotivasikan murid2 sendiri..huhu tp kadang2 diri aku sendiri perlu di motivasikan...yela aku manusia biasa..mcm la jgk data dalam komputerkan sekali sekala nk jugak di up date...br la x lapok kan... semangat, gembira...datangla....datangla meresap dalam jiwa aku...