Sunday, October 27, 2013

Making #pulut seri muka#

Assalamualaikum semua...

Dah dua minggu rasanya blog ni tak berupdate.. ngeee ^_^....biasala..banyak tugasan yang nak di selesaikan...untuk post kali ni saje je nak share..haritu buat pulut seri muka..tetiba je teringin nak makan..:)
nak beli kat sini tengok macam susah sangat nak dapat..pastu mahal kan...makan pun tak puas...so aku  pun decide nak buat sendiri..heheheh 1st project kuih tradisional...

Actually tak pernah pun buat kuih ni ...kebetulan barang-barang nak buat kebanyakkan nye ada kat umah just beli pulut ngn kelapa je..so apa lagi start my project..pas siap masak tengah hari...sambil-sambil my lil pricess pun mood baik je...terusla ....

Alhamdulillah ni lah hasilnya...jom layan jela...


siap sudaa...tapi tak berapa cantik ngeh..ngeh ^_^

Thursday, October 17, 2013

Trip ke Cameron Highland bhg 1

Sebenarnya 2 minggu tak update blogni banyak bnda yang berlaku dan perlu di selesaikan..antaranya bercuti...di Cameron..hehehe..2 minggu lepas aku ngn en Somi serta my little princess Qalesya...alhamdulillah diizinkan untuk bercuti..dah lama teringin nak pegi tapi tak sampai-sampai juga..tapi yelah alhamdulillah..dapat jugak merasa..ni second time la aku ke sana. 1st time dulu zaman bujang2..tu pun pegi ikut rombongan bawak anak murid...heheh paham2 jela ye..kalau pg ngn rombongan bebudak sekolah yg kecik2 ni memg kecoh..tapi still enjoy...

Ok lah, kami check in hotel sebenarnya hari Ahad coz sabtu tu dah penuh...jadi bagi menghabiskan masa untuk Hari sabtu tu tanpa berlalu dengan sia- sia kami decide untuk pergi ke Halal fest dekat serdang sebelum balik ke Kuala Kangsar...kampung saya..alhamdulillah best jugak di sana..bnyak booth2 yang menawarkan pelbagai makanan & minuman yang berasaskan makanan sunnah...:) bagus2.. kat sana aku sempat singgah beberapa booth antaranya booth Natalia product...hehe coz macam best je product mereka yang satuni.. iaitu "Natalicious"...product susu kambing untuk preggy woman..heheh ..alhamdulillah mesti terkejutkan...iya..i'm pregnant again..rezeki cepat..terima jela...mudah-mudahan semuanya berjalan ngn lancar...kat sini sempat plk la kami bergambar dengan "Catriona Ros" pelakon tu..Cat...yang baru berhijab..rupanya dia Duta productni..wa...class gitu...
Then, dah penat berjalan kitorang pun terus gerak balik ke Kuala Kangsar, lebih kurang jam 2 petang.. sampai kat Kuala dalam pukul 6 petang...sonoknye balik kampung...sendiri..jumpa family.. mak ngn ayah aku memg seronok habis apa taknye cucu kesayangan balik...malamtu kami bermalam di kampung..Esok paginya lebih kurang pukul 10 terus gerak ke Cameron...sian mak ngn ayah..jumpa kejapje..tak pelah nanti kami balik lagi..sedih memang sedih..tapi nak buat macam mana..ajak ikut sekali tak mau...

Kami naik ke Cameron melalui jalan Simpang Pulai..jalannya selesa berbanding melalui Tapah. Cuma agak jauh sedikit. Untuk percutian kalini ni kami menginap di Hotel Equatorial, kat Tanah Tinggi..tempah melalui Asia Room..harganya agak berpatutan jugaklah..sebenarnya bagi yang ingin pergi bercuti aku suggest baik booking melalui agensi2 macamni..tak semestinya Asia Room, Agoda pun boleh..booking.com...mcam2..kerana mereka ni menawarkan harga yang berpatutan..Hotel Equatorialni selesa..cuma toiletnya je tak berapa best...semua toilet kat hotelni baik kat loby atau bilik semuanya tak de paip...so faham2 jelah ye...yang lain everything ok..selepas Check in ...kami berehat jap dekat bilik coz sian sangat kat Qalesya...takut dia penat kan..kalau ikutkan mama terus nak pi jalan..tapi tak sampai hati, en somi pun memang sgt penat..driverlah katakan...
otw ke Hotel

Suke sangat Qalesya main poskad

ketawa lagi ^_^

anak beranak suka bergambor :) sblum pg jalan2

Pas solat Asar kitorang pun turun bawah jalan kaki je coz hotel ni berdekatan dengan ladang strawbery dan KEA farm..pasar tepi jalan tu...1st sekali kitorang pegi Raju's Hill nampak luaran macam menarik tapi bila naik atas ermmm bolehla..cuma ruang untuk org melawat dibuka sangat  sekangkang kera.. yang lain ditutup..cz  ia khas untuk orang yang ingin petik sendiri buah strawbery tu...bayarannya adalan tak silap aku pakej bagi 4 orang RM60.00...kami orang tak petik pun..huhuhu jimat kos...turun bawah terus berjaln ke"KEA Farm".. wah kat sini memang sangat berpuas hati..tak meneysal kalau datang..harga sayur-sayur segar memang murah..macam tu la jugak bunga2 yang dijual..memag puas hati..walaupun sekadar pasar biasa...kat sini aku sempatla beli sayur dengan ubi keledek manis...kalau siapa berada kat sini memang rambang mata..best sangat...en somi plak beli key chain untuk staff ngn fridge magnet...:) kebetulan pulak my little princess ni kesejeukan la plak..dah bersweater bagai..tangan plak sejuk..so aku sempatla blikan dia satu glove strawbery yg cute..heheh murahje..RM5.00..selesai membeli belah ...malas nak balik bilik lagi so kami pun gerak kepekan Brinchang untuk mengisi perut..kat Cameron ni aku perhatikan kedai makan melayu kurang..dan tak banyak choice..yang bnyaknye Chinese restaurant ...so sebelum pergi make sure dulu tempat makan kat  mana supaya tak tercari-cari..tambahan lagi suasana kat Cameron ni ni bila dah pukul 6 keatas memang sunyi..kecuali pekan2.. yangtu aku tak sure tutup pukul brapa..tapi sebelum nak tempuh pekan tu memang sunyi dan gelap...ni my experience selepas balik daripada pekan Brinchang menuju ke Hotel..
me & Qalesya kt strawberry farm

pemandangan dari atas..sebelum ke KEA farm

en somi pilih key chain

me kat pasar sayur..

beli strawberry kat sini lg murah..

pilih ubi keledek..qalesya tido lagi..sejuk sangat kot..

makan malam kami...segar syur..

Qalesya..muncung mulut rasa jus strawberry.. :)


ok sambung lagi..sorry la entry kalini panjang sangat...heheh banyak sangat nak share...

Wednesday, October 16, 2013

Lembu Naik Bukit

Salam Aidil Adha kepada semua pembaca blog ini dan seluruh umat Islam..Semoga hari raya qurban tahun ini banyak memberikan kita pengajaran dan pembelajaran tentang erti sebuah pengorbanan..kerana maknanya terlalu besar...

Actually, tahun ini sebenarnya  2nd time aku beraya kat rumah mak mertua..:) cuma bezanya tahun ini kami beraya di sebuah perkampungan orang-orang kemboja di Sungai Buloh. Mak mertua aku ni mempunyai sebuah madrasah dekat situ. Jadi, bagi meraikan dan mengimarahkan madrasah merangkap surau, balai raya semualah boleh dikatakan..all in one kami mengadakah ibadah Korban kat sana. 2 ekor lembu yang disumbangkan oleh seorang Dato' alhamdulillah selamat dikorbankan...meriah jugalah sambutan dekat sana..
Rupa Madrasah yang abelakang khemah tu..(masih memerlukan bantuan lagi..bagi keselesaan pelajar..)

my mak mertua & adik ipar..


Lepas je semayang raya en somi, pun ajak lah aku, qalesya, ngn sorg adik aku ke Kubu Gajah nama perkampungan tu. Waktu kitorang sampai sekor lembu dah dikorban tinggal lagi sekor...huhu..so, sempatlah kami join sekaki melihat dan menolong orang kampung melapah lembu...

gotong - royong pembahagian daging

En somi tgh bagi daging kat org kampung..huhu :)

Apa yang istimewanya, selepas selesai aktiviti ni kami sekeluarga telah disajikan oleh orang kampung beberapa hidangan yang sangat sedap. hidangan ini sebenarnya hidangan tradisi masyarakat Kemboja. Tapi ada satu hidangan yang x boleh lupa... Makanan ini ala-ala steamboat tapi bukan.. nama hidangan ini ialah "LEMBU NAIK BUKIT" hehehe...bestkan nama..klasik gitu...aku rasa sebab hidangan ni namanya lembu naik bukit sebab periuk yang digunakan tu di tengah2nya berbonggol macam bukit. Then, hidangan ini kita makan time panas2..fuuuh sangatlah sedap ..caranya 1st sekali kita taruk mentega pada periuk..tapi makesurela periuk tu mesti diatas api yg sederhana..kemudian letakkan daging yang dipotong nipis, kubis, carrot, & kangkung atasnya..bakar daging tu hingga masak kemudian boleh angkat dan makan bersama kuah lada hitam..fuuhh memg sedap....

ni laaa.."LEMBU NAIK BUKIT"