Wednesday, October 16, 2013

Lembu Naik Bukit

Salam Aidil Adha kepada semua pembaca blog ini dan seluruh umat Islam..Semoga hari raya qurban tahun ini banyak memberikan kita pengajaran dan pembelajaran tentang erti sebuah pengorbanan..kerana maknanya terlalu besar...

Actually, tahun ini sebenarnya  2nd time aku beraya kat rumah mak mertua..:) cuma bezanya tahun ini kami beraya di sebuah perkampungan orang-orang kemboja di Sungai Buloh. Mak mertua aku ni mempunyai sebuah madrasah dekat situ. Jadi, bagi meraikan dan mengimarahkan madrasah merangkap surau, balai raya semualah boleh dikatakan..all in one kami mengadakah ibadah Korban kat sana. 2 ekor lembu yang disumbangkan oleh seorang Dato' alhamdulillah selamat dikorbankan...meriah jugalah sambutan dekat sana..
Rupa Madrasah yang abelakang khemah tu..(masih memerlukan bantuan lagi..bagi keselesaan pelajar..)

my mak mertua & adik ipar..


Lepas je semayang raya en somi, pun ajak lah aku, qalesya, ngn sorg adik aku ke Kubu Gajah nama perkampungan tu. Waktu kitorang sampai sekor lembu dah dikorban tinggal lagi sekor...huhu..so, sempatlah kami join sekaki melihat dan menolong orang kampung melapah lembu...

gotong - royong pembahagian daging

En somi tgh bagi daging kat org kampung..huhu :)

Apa yang istimewanya, selepas selesai aktiviti ni kami sekeluarga telah disajikan oleh orang kampung beberapa hidangan yang sangat sedap. hidangan ini sebenarnya hidangan tradisi masyarakat Kemboja. Tapi ada satu hidangan yang x boleh lupa... Makanan ini ala-ala steamboat tapi bukan.. nama hidangan ini ialah "LEMBU NAIK BUKIT" hehehe...bestkan nama..klasik gitu...aku rasa sebab hidangan ni namanya lembu naik bukit sebab periuk yang digunakan tu di tengah2nya berbonggol macam bukit. Then, hidangan ini kita makan time panas2..fuuuh sangatlah sedap ..caranya 1st sekali kita taruk mentega pada periuk..tapi makesurela periuk tu mesti diatas api yg sederhana..kemudian letakkan daging yang dipotong nipis, kubis, carrot, & kangkung atasnya..bakar daging tu hingga masak kemudian boleh angkat dan makan bersama kuah lada hitam..fuuhh memg sedap....

ni laaa.."LEMBU NAIK BUKIT"



4 comments:

nohas said...

Salam Aidul Adha kpd puan & family..

first time dengar dan tengok masakan ni..namapun special..

tak sangka ada perkampungan kemboja di kpg Kubu Gajah, boleh ke melawat kalau2 ada yg nak bagi sumbangan/derma..

Nur said...

First time dengor nama dish macam tu. Nampak sedap. :)

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

to nohas: sangat2 dialukan..kalau akk nak tahu masyarakat kat sini baru je kenal Islam..alhamdulillah sejak penubuhan madrasah makin ramai yg memluk agama Islam..

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

to kak Yati : memg sedap kak...:) sekali cuba nak lagi..sedap bebenor..