Tuesday, June 21, 2011

Pengumuman

Assalamualaikum....
rasanya dah lama aku tak menulis kat blog ni...bukan x nak menulis tetapi di sebabkan kesibukan sejak kebelakangan ini membuatkan aku tak sempat untuk menulis..walau apapun..blog ni tetap ade dihati begitu juga kawan2 blogger yg lain.aku harap kalian masih ingat kan aku lagi ye..:)

Alhamdulillah aku ingin memanjat syukur kepada yang maha Esa kerana memberi aku peluang untuk melebarkan sayap aku dengan membuka sebuah training centre. Training centre ini adalah hasil perkongsian aku dengan seorang sahabat baikku..itulah pengumuman yang ingin aku buat kepada kawan2 semua. Aku harap kalian semua dapatlah memberi sokongan dan pendapat. Aku sangat memerlukannya sebagai satu bahan untuk menambah baikkan intitusi yang aku bina itu.

Signature Training Centre and Services ialah sebuah institusi yang ditubuhkan untuk memberi tunjuk ajar dan khidmat kepada semua golongan tidak kira sama ada kanak – kanak, remaja, dan dewasa. Antara kursus dan bengkel yang ditawarkan di sini ialah Seperti mengadakan kursus “Celik Linus” iaitu mendedahkan teknik-teknik belajar yang menarik untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah lemah dalam pembelajaran. Selain itu kursus ini juga telah di tawarkan untuk subjek Jawi. Selain itu yang di kendalikan oleh pihak Signature TCNS ialah :

•Kelas Fardhu Ain & Iqra,
•Kursus Asas Bahasa Mandarin
•Kursus Asas Bahasa Arab
•Bengkel kraftangan quilling
•Bengkel peluang perniagaan untu usahawan ICT
•Bengkel membina laman Web
•Kem Motivasi untuk pelajar sekolah rendah, menengah, dan universiti
•Bengkel teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM
•Bengkel pengucapan awam (Public Speaking)
•Kem Solat
•Kem Tahfiz
•Penyediaan ruang (seminar dan kursus) untuk disewa yang dilengkapi dengan
bilik yang berhawa dingin, meja, kerusi, PA sistem, white board dan LCD.

inila serba sedikit yang dapat aku terangkan. Bagi kawan-kawan blogger yang berminat nak join ke atau nak hantar anak2 ke..silakan lah....
Sila lah berkunjung ke blog signature di www.signaturetrainingcenterservices.blogspot.com

3 comments:

Nur said...

Tahniah ya! Kak Yati tumpang gembira. :)

Nur said...

Kak Yati baru perasan, ada kursus asas bahasa arab. Kalau dekat, mesti kak Yati dah hantar anak sulong ke institusi Ayong. Sebab dia subjek arab dah 2 kali dapat C.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

kak..terima kasih menyokong..heheh tula..kalo dekat mesti best kan...x pela..akak promote la kat kawan2 akak..blh?hehehe