Tuesday, December 2, 2008

Sejambak Mawar

Kuntum 1 : Ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun,akan memberi kepada yang meminta, dan menerima kepada yang bertaubat.

Kuntum 2: Prihatinlah dengan orang yg lemah, anda akan bahagia. Penuhilah hajat yang memerlukan, anda akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian, anda akan dihargai.

Kuntum 3: Bersangkalah baik kerana sesungguhnya Allah bersamamu,para melaikat memohonkan ampunan untukmu dan syurga telah menanti anda.

Kuntum 4: Bersikaplah optimis dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah. Nyahkanlah segala duka dengan mengingati semua nikmat yang telah dikurniakan kepada anda.

Kuntum 5: Ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tidak seorg pun di dunia boleh mendapat semua keinginannya.

Kuntum 6: Contohilah pohon kurma; tinggi cita-citanya,kebal dr penyakit, dan jika dibaling dengan batu, ia membalas dengan menggugurkan buahnya.

Kuntum 7: Adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apa gunanya anda bersedih?

Kuntum 8: Jangan mengharap mendapat kesusahan atau malapetaka, tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan.

Kuntum 9: Siramilah api kebencian anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada anda.

Kuntum 10: Mandi, berwudhuk, memakai wangian dan bersiwak merupakan penawar yang amat berkesan bagi setiap kesusahan dan kesedihan.

No comments: