Thursday, March 11, 2010

Alergi

Dalam kejadian penciptaan manusia Allah telah melengkapkan tubuh manusia dengan sistem imunisasi yang mampu melindungi tubuh daripada dijangkiti benda-benda berbahaya. Sekiranya ada benda2 asing yang memasuki tubuh tetapi tidak dikenali, maka tubuh akan bertindak balas dengan cara membentuk antibodi. Antibodi diperlukan untuk melindungi tubuh daripada tercedera. Tetapi adakalanya antibodi ini bertindak secara berlebihan atau diluar kemahuan sehingga menimbulkan pula tindakan yang di kenali sebagai alergi...

huhuhuh..panjang lebar tu penerangan...yela baru2 ni aku dah terkena alergi ni..bintik2 merah bawah mata...dan rasa yg gatal amat sgt...kesannya drpd aku pg buat facial resdung baru2ni...hurmmm... x pela testing power katakan...alhamdulillah dh ok...mkn ubat alergi...baik la..mula2 tu cuak jgk yela..kat muka tu...nk cntik jap lagi bertukar ..jd "Princess Frog" plak...

okies..berblik pada alergi atau disebut sebagai alahan ialah tindak balas berlebihan oleh tubuh badan seseorang terhadap persekitaran atau bahan2 asing atau berbahaya terhadap tubuhnya. Ia boleh terjadi pada kulit,...(mcm terjadi pada aku baru2ni..huhuhu) organ tubuh, dengan cara berbeza..contohnya bersin yang tidak henti2 , sesak nafas, dan sebagainya..benda2 yang menyebabkan alergi antaranya ialah...

  • Habuk / Debu
  • Makanan tertntu..biasanya seafood
  • Serangga
  • Bulu binatang
  • Tumbuh-tumbuhan
  • Ubat- ubatan

Adakalanya dikalangan kita yang lahir kekurangan enzim G6PD iaitu spesis enzim yang di perlukan oleh tubuh. Biasanya bagi orang dewasa sesiapa yang kurang enzim G6PD, bermakna alergi pada benda2 tertentu antaranya bahan kimia, termasuk ubat nyamuk dan penyembur serangga. Makanan yang perlu di elakkan ialah kacang parang..Jika terkena atau termakan bnda2 ini..tindak balas yang berlaku adalah sel-sel darah merah akan pecah..Dalam Kes yang lebih teruk lagi..darah pesakit perlu di tukar dengan darah yang baru....

kadang bila kita mengalami penyakit sesuatu...sedikit sebanyak satu ilmu baru yang kita belajarkan...mgkin kt bukan seorang doktor atau nurse yang sentiasa mengkaji penyakit2...tetapi tidak salah kan jika seorang pesakit mengkaji penyakitnya sendiri..dan secara x langsung dapat dikongsi...kepada semua....bukan kah Ilmu Allah itu luas...huhuhuh...kalo ad info yg salah..perbetulkanlah...maklumat ini hanya dari pembacaan dan apa yang aku alami..

p/s: bg sesiapa yg nak buat rawatan resdung tu pastikan anda tidak alergi dengan asap atau debu..cz aritu aku buat rawatan resdung yang asap2 tula..huhu..rupanya my face x sesuai...huhuhuh

No comments: