Wednesday, March 31, 2010

Tekanan Darah Tinggi + Strok

Tetiba malam ni terasa nak menulis pasal penyakit darah tinggi atau dgn nama lainnya ialah hypertesion...x salahkan...mgkin ianya boleh mnjadi rujukan utuk sahabat2 yang lain...kadang kita ni malas kalo nk bc info yg penulisan nye agak serius..jadi kalo dalam blog ni penulisannye agak snatai so skit sebnyak boleh mengundang sesiapa untuk membacanya secara tak lagsung...btulke aku cakap ni?...hehhe btul la..ini pandangan aku...

apa yang dikatakan hypertension ni ialahm erujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi. Kalo biasa tekanan darah kita ialah 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

kalo aku hrtu last aku check tekanan darah aku agak rendah...120/70 mmHg..tp x la kritikal..biasa2je..perlu mkn mknan yg berkhsiat skit huhuhu..

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan
dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:
  • Otak
  • Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
  • Penyakit jantung seperti :
o Coronary Heart Disease
o Congestive Heart FailureLeft Ventricular Hypertrophy• Komplikasi pada mata
o Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
o Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy

  • Komplikasi pada buah pinggang
o Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi,Microalbuminuria, Proteinuria).
  • Peripheral vascular disease seperti
o Aneurysm
o Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit Hypertensive/Darah Tinggi?

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat
  • tanpa menggunakan ubatan
o Perlu mengubah amalan cara hidup anda
o Amalkan pemakanan sihat
o Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
o Melakukan senaman (jalan kaki pun ok..x yah jogging)
o Kurangkan berat badan jika berlebihan
o Atasi tekanan secara berkesan
o Berhenti merokok

so bg sesiapa yg rasa ada pnyakit drh tnggi tu better la pg check Dr tekanan darah..then control la pemakanan...kadang2 kt ni skit sebabkan pemakanan yg terlampau..semua bedal...penyakit ni nak datang senang tapi nk sembuh susah sgt....


(info : http://www.infosihat.gov.my/)

5 comments:

eL said...

Aduhh...takutnya.

anumz sarah said...

Salam Kak yong,

Bagus info ni kak yong. Kadar rakyat malaysia yg menghidap penyakit darah tinggi sgt tinggi di malaysia.Amat membimbangkan sbnrnya. Punca? Pemakanan dan gaya hidup kita...

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

to k.el:mmg kak..kdg2 penyakitni menakut kan..kt x leh lupa yg dulu kt kena denggi..huhuhu seksanya...

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

to anumz: btul tu anum..rakyat malaysiani skait disebabkan gaya hidup yang x sihat..selain tu faktor makanan yang ada skrg jgjk..yela makann sekarang semuanya berunsurkan kimia..sayur pun sembur racun..tul x?

Solehah Muhammad said...

kite nyer tekanan darah cuma 90 jee.hmm.bila panas rasa cam nak pitam..