Sunday, October 17, 2010

Resepi NAsi Arab Kabsa MIL

Posting kali adalah untuk memenuhi permintaan seorang sahabat...hehehe.sy mengharapkan beliau...suka..to cik ummu kalo dh buat bagi sy rasa plak erk..huhuhu..ini resepi "Nasi Arab KABSA MIL"...buat dengan penuh rasa kasih syg tau...huhuhu

Bahan-Bahan dan Cara Memasak
• 1 ekor ayam di potong 2bahagian
• 3pot beras BASMATI
• Air Panas
• 2sudu minyak masak
• 1sudu minyak sapi
• 1batang kayu manis
• 3biji buah pelaga
• 2biji bunga cengkih
• 5labu bawang merah - dipotong dadu
• 3ulas bawang putih - dipotong dadu
• 1biji buah tomato - dikisar
• 2sudu tomato puri
• 1/5 tsp pewarna kuning (saffron)
• 2sudu rempah kabsa
• 1biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya
• 1biji lada merah (red pepper/capsicum) - dipotong dadu
• 1batang lobak merah dihiris halus-halus
• sedikit biji lada hitam atau serbuk
• 2batang cili besar merah - tidak dipotong
• sedikit kismis
• garam secukup rasa
1. Rendam beras basmati dengan air biasa selama 30 hingga 60 minit.
2. Tos dan rendamkan lagi dengan air mendidih selama 15 minit dan toskan.
3. Panaskan periuk dengan minyak masak kemudian masukkan minyak sapi.
4. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga berbau wangi dan campakkan sebatang kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga.
5. Masukkan ayam, saffron, rempah kabsa, tomato kisar, tomato puri, capsicum, lobak merah dan gaulkan dalam periuk.
6. Kemudian campakkan lemon hitam dan taburkan garam secukup rasa berserta kismis.
7. Masukkan air panas mendidih secukupnya dan masukkan beras yang sudah ditoskan tadi.
8. Tutup periuk rapat dan kuatkan api selama lebih kurang 10minit sehingga air menjadi kurang/kering.
9. Campakkan cili besar merah ke dalam periuk. Jangan karis nasi dengan senduk tetapi karis sedikit-sedikit sahaja menggunakan belakang sudu dengan hati-hati supaya nasi tidak jahanam.
10. Sekiranya air kelihatan tidak mentanakkan nasi tambah lagi tambah air sedikit demi sedikit dengan air panas mendidih dan tutup periuk.
11. Selepas air kering kecilkan api selama 15minit.
12. Angkat ayam tadi dan bakarlah dalam 5-10minit dalam foil aluminium dengan kepanasan 200'c.Tapi kalo nak goreng pun blh..kalo sy goreng je..gorang sekejap je bg kuning skit..


Sos - Kisarkan tomato, cili besar hijau, batang ketumbar, gula, garam dan perahan lemon kuning.


LOVE..

7 comments:

Hunny said...

chomelnya blog ayong sekarang.. heheheh..

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

tq kak..tq jgk cz sudi menziarah ke blog sy..

nohas said...

Salam...

Wah..resepi nasi arab. Sedapnya..rempah buat sendiri lagi..

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

salam..
hai akk..lama kt x tukar2 citerkan?
akak cubala masak..kak..mesti sedap..:)

Anonymous said...

salam... nak tumpang tanya, kat mana nak carik rempah kabsa ni? tak pernah dengar pun...

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

biasa kalo pegi kedai rempah india..dia ade jual rempa kabsa..

elywana said...

Lemon hitam tu mcm mana ea?