Tuesday, March 10, 2009

oh..kasutku


Kasut adalah pelengkap gaya bagi seseorang tidak kira lelaki ataupun wanita. Kalau bagi saya,

saya memang suka berkasut tinggi salah satu sebabnya saya boleh digolongkana dalam golongan yang rendah.

Jadi untuk Nampak lebih menarik dalam penampilan sekaligus kata orang nak belagak macam tinggi

saya akan kenakan kasut tinggi. Walaubagaimanapun untuk memakai kasut tinggi kita perlulah meneliti

beberapa aspek penting. Bukannya apa bimbang pergerakan kita akan terbatas, kadangkala bila berjalan

agak lama sedikit tumit akan sakit, dan yang paling penting takut terpelecok. Untuk pengetahuan

sahabat-sahabat semua waktu pertama kali saya mencuba memakai kasut tinggini saya pernah mengalami kaki terpelecok..

huhuhu memang sakit yela bayangkan anda punya buku lali (ankle) terseliuh sakitkan?

Oklah untuk ruangan tips kali ni saya nak kongsikan tips untuk mencari

kasut tinggi yang sesuai untuk

sahabat-sahabat semua, agar kaki kita selesa dan iAllah untuk mengelakkan

kaki terpelecok atau terseliuh. Bukan kah prevention is better then cures?

So jom kita ikuti tips ini…

  • 1. Bagi mengelakkan tumit kaki pecah atau merekah kasut tinngi yang paling sesuai

dua setengah inci, kalau tiga inci pun boleh tapi perlu berhati-hatila.

  • 2. Anda seelok-eloknya memakai kasut tinggi selama enam jam sehari

tidak digalakkan lebih dari itu. Jadi untuk mengelakkan sebarang masalah

anda harus mempunyai simpanan selipar di pejabat.

  • 3. Bagi anda yang ingin berjalan jauh, janganlah memilih kasut tinggi

untuk digayakan. Ia boleh menyebabkan anda mengalami sakit belakang atau sakit di

bahagian buku lali.



2 comments:

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Saya memang tak berapa gemar kasut tinggi. Sebab saya tak kurus dan tak rendah orangnya, dan sejak kaki tercedera semasa bersukan, memang layan kasut flat ajer, sebab sakit kaki..Yang penting selesa..

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

huhu..sebenarnya kasut flat lg selesa..dan pantas bergerak..