Thursday, October 13, 2011

anatara duit dan kasih sayang



Duit setiap orang memerlukan duit dalam kehidupan nikan? tanpa duit kita tidak mampu melakukan sesuatu hatta mau masuk ke tandas awam juga memerluka duit..hmm lihat betapa besarnya kuasa duitkan. walau bagaimanapun duit sebenarnya tidak menjamin sebuah kebahagian seseorang mungkin dek kerana terlalu mengejar duit ade insan lain yang tersisih kasih sayangnya. Tidak dinafikan zaman sekarang duit memainkan peranan yang penting tetapi tidaklah sehingga menggugat sebuah kasih sayang..cukuplah sekadar duit itu ada sebagai untuk memenuhkan keperluan sebagai seorang manusia....dan ia tidak mengaabaikan pihak yang lain...

bagi aku kedua-duanya penting duit juga penting dan kasih syg juga penting TETAPI mengikut fahaman aku jika aku bahagia...dengan kasih sayang..maka ianya satu tapak untuk menjana keewangan.yelakan bila hati senang,bahagia..semua bnda dapat dilakukan dengan baik...huhu..sebut bab kasih sayang tiba-tiba aku teringat kata-kata mak.Dia cakap semua orang nak berebut mak. Sorang nak mak datang ke kedah, sorang keperak, sorang ke kuala lumpur...kalau boleh belah badan ni belah la...biar semuar orang dpat sama adil..tak sangka plak senario yang sama sekarang aku juga telah laluinya...dalam 2 hari cuti yang di peruntukkan untuk melepaskan lelah tetapi perlu diisi dengan keperluan2 untuk hati - hati orang yang tersayang..seorang nak ke sini, yang sorang lagi minta bawa ke sini, dan sorang lagi minta bawa kesana...aduhh..mau saje aku ulang kata2 mak..jika bisa di belah badan ini mau saja aku bahagi2kan..biar semuanya tidak terasa..biar smuanya bisa dapt yang adil...walau bagaimanapun iAllah aku tetap memenuhi permintaan kalian..itulah hebatnya kuasa kasih sayng ...tetapi dalam masa yg sama perlukan duit untuk megerakkan sesuatu...aku harap segala pengorbanan yang aku lakukan dibalas dengan kasih syang jua..amin.....

Wednesday, October 12, 2011

rindu kalian semua...



rasanya dah lama x menulis di dalam blog ni...maaf sangat2..bukan tak rindu pada kawan2 blogger ..rindu sangat pada kawan2 semua....kadangkala kekangan masa membuatkan saya agak susha untuk menulis..sebenarnya banyak cerita yang mahu di kogsikan tetapi hehehh bila nak tulis dh lupa...banyak benda nak pikir...hehhe ape pun sy harap kite semua boleh sentiasa keep in touch kan...

Wednesday, June 22, 2011

Apa itu Quilling

Mesti ada diantara kawan-kawan ada yang tertanya-tanyakan apa itu quilling?tetapi mungkin ada yang pernah dengar kan? okay kat sini aku akan terangkan apa itu quilling..quilling ni adalah salah satu seni atau teknik menggulung kertas dan kemudian disusun menjadi sebuah karya seni yang amat cantik.Selain daripada boleh di jadikan hasil karya seni yang cantik, kita juga boleh menjana pendapatan melalui karya seni ini. Mengapa aku cakap macam tu coz melalui karya ini kita boleh jadikan ia kad,Frame, guest book dan macam2 lagi. Bergantung kepada kreativiti masing2. Kertas di tangan anda..and yg melakukannya.

Biasanya "quilling" ini menggunakan kertas A4 biasa ikut je berapa berat yang anda suka biasanya kertas yang mempunyai berat 100gsm ke atas lebih baik kualitinya dan lebih mudah di gulung serta kemas.. tetapi ianya terpulang kepada crafter ikut keselesaan anda.Lebar kertas pula mestilah antara 3mm,5mm dan 6mm, tetapi bagi memudahkan memudahkan anda,alat " mini shredder" sedia membantu..heheh alat ini di gunakan untuk memotong kertas A4.mengikut size yang kita nak...antara alat-alat yang di gunakan seperti berikut:


Paper Shrader..tp kalo x de yg ni pun x pe..kertas anda boleh beli yg dh siap..ade di jual..(signature training Center ade jual..jgn risau)hehehe


ni plak quilling tools..tujuanya untuk gulungan yyg sempurna..


ni plak kertas2 yg dah siap di potong yg ready untuk di jual la...seng skit.anda x yah potong dh


ni plak quilling circle sizer..tujuan dia untuk kt nak tau berapa besar size gulungn yg kt nak..


antara hasil quilling..nnt sy upload lg ye..

so inilah serba sedikit penerangan tentang quilling..untuk pengetahuan anda semua barang2 untuk quilling ni anda boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan di www.signaturetrainingcenterservices.blogspot.com..dengan harga yang berpatutan..

dan sekali lagi nak promote...bengkel kraftangan quilling ni akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 16 Julai 2011 (Sabtu)
Tempat : No. 8, Tingkat 2, Jln. Bulan BT U5/BT, Bandar Pinggiran Subang.
Masa : 9:00 pagi - 1:30 tghri (30 min Hi-Tea pada 11.00 pg)
Instructor: Ummu Solehah Dato' Muhammad (Pengendali Kursus Quilling dari Malaysia & Indonesia)
Yuran: RM 100 shj.
- Slide Show tentang Quilling
- Talk
- Practice with guide
- Hi-tea (30 minit)
-Percuma: Quilling Starter Kit bernilai RM50, Quilling Paper bernilai
RM 25,Sijil Penyertaan & Buku Module

Diskaun: 10% untuk 3 org dlm 1 kumpulan)


jom kita juampa di sana...bukan saha boleh jadi hobi tapi boleh jana pendapatan untuk ibu-ibu dirumah..selamat berquilling..

Bengkel Kraftangan Quilling

Berminat dengan seni kraftangan QUILLING? Sungguh menarik dan boleh dijadikan sebagai HOBI atau satu NILAI TAMBAH KEMAHIRAN anda!...jom kawan-kawan join..

Signature TCNS akan mengadakan Bengkel Seni Kraftangan Quilling Sesi KE 2.

Tarikh: 16 Julai 2011 (Sabtu)
...Tempat: No. 8, Tingkat 2, Jln. Bulan BT U5/BT, Bandar Pinggiran Subang.
Masa: 9:00 pagi - 1:30 tghri (30 min Hi-Tea pada 11.00 pg)
Instructor: Ummu Solehah Dato' Muhammad (Pengendali Kursus Quilling dari Malaysia & Indonesia)
Yuran: RM 100 shj.
- Slide Show tentang Quilling
- Talk
- Practice with guide
- Hi-tea (30 minit)
-Percuma: Quilling Starter Kit bernilai RM50, Quilling Paper bernilai
RM 25,Sijil Penyertaan & Buku Module

Diskaun: 10% untuk 3 org dlm 1 kumpulan)

Berminat/ Maklumat Lanjut?
Hubungi: 03-78460671 / 010-204 7675/ 019-521 0514
atau E-mail ke thoriqmohd@gmail.com / noor.fatahiyyah@gmail.com . Nak inbox dlm FB pun boley =)

Tuesday, June 21, 2011

Pengumuman

Assalamualaikum....
rasanya dah lama aku tak menulis kat blog ni...bukan x nak menulis tetapi di sebabkan kesibukan sejak kebelakangan ini membuatkan aku tak sempat untuk menulis..walau apapun..blog ni tetap ade dihati begitu juga kawan2 blogger yg lain.aku harap kalian masih ingat kan aku lagi ye..:)

Alhamdulillah aku ingin memanjat syukur kepada yang maha Esa kerana memberi aku peluang untuk melebarkan sayap aku dengan membuka sebuah training centre. Training centre ini adalah hasil perkongsian aku dengan seorang sahabat baikku..itulah pengumuman yang ingin aku buat kepada kawan2 semua. Aku harap kalian semua dapatlah memberi sokongan dan pendapat. Aku sangat memerlukannya sebagai satu bahan untuk menambah baikkan intitusi yang aku bina itu.

Signature Training Centre and Services ialah sebuah institusi yang ditubuhkan untuk memberi tunjuk ajar dan khidmat kepada semua golongan tidak kira sama ada kanak – kanak, remaja, dan dewasa. Antara kursus dan bengkel yang ditawarkan di sini ialah Seperti mengadakan kursus “Celik Linus” iaitu mendedahkan teknik-teknik belajar yang menarik untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah lemah dalam pembelajaran. Selain itu kursus ini juga telah di tawarkan untuk subjek Jawi. Selain itu yang di kendalikan oleh pihak Signature TCNS ialah :

•Kelas Fardhu Ain & Iqra,
•Kursus Asas Bahasa Mandarin
•Kursus Asas Bahasa Arab
•Bengkel kraftangan quilling
•Bengkel peluang perniagaan untu usahawan ICT
•Bengkel membina laman Web
•Kem Motivasi untuk pelajar sekolah rendah, menengah, dan universiti
•Bengkel teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM
•Bengkel pengucapan awam (Public Speaking)
•Kem Solat
•Kem Tahfiz
•Penyediaan ruang (seminar dan kursus) untuk disewa yang dilengkapi dengan
bilik yang berhawa dingin, meja, kerusi, PA sistem, white board dan LCD.

inila serba sedikit yang dapat aku terangkan. Bagi kawan-kawan blogger yang berminat nak join ke atau nak hantar anak2 ke..silakan lah....
Sila lah berkunjung ke blog signature di www.signaturetrainingcenterservices.blogspot.com

Wednesday, May 11, 2011

Majalah Fardhu Ain

Saje nak bgtau silalah dapatkan majalah Fardhu ain di pasaran sekarang. Majalah yang mengupas isu-isu mengenai feqah dalam kehidupan seharian iaitu mengenai perihal diri sendiri. Corak pengulasannya lebih santai dan mudah di fahami. Untuk majalah ini saya di tugaskan untuk ruangan Fardhu ain kanak-kanak.So untuk adik-adik boleh berjumpa ngn sy ye..bnyak cerita menarik kat dalam tu...Untuk pengetahuan anda semua juga penulis-penulis didalam majalh ini juga terdi darpd motivator yang tidak asing lagi antaranya Dato Hj Muhammad Zakaria dan lain-lain lagi.

Disamping itu pertama sekali saya ingin dedikasikan ucapan terima kasih kepa Puan Rusnah Abu Samah dan team majalah fardhu ain solehah, sakinah kerana memberikan peluang kepada saya untuk menulis dalam majalah ini. InsyaAllah saya tidak akan mensia-siakan peluang yang di beri ini. Kepada rakan-rakan saya mengharapakan sokongan dan komen daripada rakan2rakan semua. Saya menulis untuk edisi ke-2.

Majalah ini juga sesuai di miliki oleh semua lapisan..daripada kecil hinggalah dewasa...ada di pasaran seluruh Malaysia...tapi kalo nak dapat secara pos boleh dapatkan melalui saya..

Selamat Membaca

Friday, April 8, 2011

aku

aku..entahla..makin hari rasa jiwa ni kosong..apa yg aku fikirkan aku x menemui jawapan..dan kadangkala adakah jawapan itu betul yg membuatkan si pelajar lulus dalam pepriksaanya...atau pun hanya terkandas di tengah jalan?? yang pastinya aku masih menuggu...menungu dengan penuh pengharapan..kadangkala aku x mampu Ya Allah menggung ujian mu yg begitu berat ini..mungkin luarannya orang nampak aku seorang perempuan yang gagah...yang x tau duduk diam..ade sahaja kerje ...dan memg betul pun aku x pernah duduk diam...hari2 aku di penuhi dengn mengajar..tp aku x menafikan aku cuba larikan diri aku dari sesuatu yang menghantui fikiran itu..kadangkala sebenarnya aku sunyi dengan kehidupan aku...aku perlukan pembaharuan...aku perlukan semangat..seprtimana aku selalu memberikan semangat kepada anak2 didik ku..aku juga mahu diajar,aku juga mahu disayangi,aku juga mahu dimanjakan...sepertimana apa yang aku berikan pada orang lain...aku juga mahu..aku teringin...

iye aku juga tahu hidup ni kadang2 kita di bawah ..kadang2 kita di atas..kadang2 kawan2 ramai bergelak ketawa dengan kita....dan kadang2 kt perlu ingat x ramai kawan2 yang bergelak ketawa dengan kita waktu dulu mahu bersama dengan kita waktu kt sendirian waktu kt perlukan teman untuk berbual....walau ape pun hidup ni kt memerlukan kawan walau apaun keadaan kita..sedih,gembira...dan kt perlu ingat jangan mengharapkan balasan yg baik apabila kt membuat baik terhadap seseorang..sebab apa..kalo mengharapkan sesuatu pasti akan hadir satu perasaan "mengungkit" dalam hati...PASTI....tp kita manusia..kadgkala x dapat lari drpd semua perasaan2 tu...

kadang2 bukan menyalahkan takdir untuk hidup ini cuma kadang2 terfikir banyak dosa sgt kah aku sehingga di uji sedmikian...x layakkah aku untuk rasa bahagia seperti orang lain...Ya Allah jahat sangat kah aku..sehingga aku tidak terpilih mnjadi orang yg bahagia itu..dan baikkah mereka sehingga mereka menjadi orang yg bahagia...

lalu bagaimana aku???

Wednesday, April 6, 2011

Resepi salat Nugget bersama sosej

heheh sebenarnya saje je nk tulis resepi orang bujang ni..tapi walaupun resepi orang bujang ianya sangat berkhasiat dan bagi kanak2 yang x makan sayur. Ini adalah salah satu menu yang membuat mereka boleh makan sayur..yelakan drpd kt bagi anak kt makan "Jajan" lebih baik bagi makan salad..baik untuk pertumbuhan fizikal dan mental..cewah..aku bercakap mengalahkan pakar pemakan..yela iAllah mana tau boleh jd pakaar pemakanan kanak2 satu hari nanti..hehe..tidak pada anak orang..pada anak sendiri..iAllah...lagi satu menu ni merupakan menu sihat juga untuk orang2 yg sedang berdiet..heheeh..okla kt tgok bahannya..

1)Salad bulat cz rasa dia manis skit berbanding salat yang pokok tu...(terpulang nak berapa bnyak)

2)cherry tomato (ni budak2 suka..cz dia kecik dan rasa crunchy..macam makan anggur)

3)pastu kobis yg purple tu (suka hati kuantitinya)

4)Nugget ayam (terpulang nak tempura ke apeke,suka hati jgakla..tp make sure kurang dari sayur)

5)3 stick sosej

6)sos thousand island (Lady's Choice)

7)Sos Cili

Caranya:

1)Potong kasar2 semua sayur,tomato belah dua..

2)Masukkan dalam mangkuk besar.

3)Goreng nugget ayam, dan toskan. Potong kecik2 tapi jgn kecik sangat..mcm cucur udang tu

4)rebus sosej dan toskan.same jgakk potong kecik..

5)Kedua2 bahan ni masukkan kedalam mangkuk yang bersama ngan sayur tadi..kemudian masukkan sos thousand island dan sos cili...

6)gaulkan...dan sedia untuk dimakan...

taraa..

Tuesday, March 29, 2011

trip to singapore

alhamdulillah cuti sekolah haritu aku berkesempatan terbang ke singapore...yela penat keje kan siang malam pagi petang sesekali tu nak la jgk rehatkan..syukur alhamdulillah Allah bg rezeki skit..berjalan la tgok tgok tempat org pulak..syukur alhamdulillah aku ade kawan yang memg orang singapore sape lagi kalo bukan laoshi faridah..tq ye laoshi..
banyak gak tempat yg aku pegi...mulanya changi airport cz aku naik flight dr KL,then aku pg tempanese,aku pg bugis street and yg paling best skali...Pulau sentosa...heheh dasyatnya waktu tu org tgh kecoh2 tsunami kat jepun aku blh lupa plak yg pula sentosa tu betul2 tgh laut...adoi..siap blh dok tepi siloso beach ambik angik..hehehh..alhamdulillah selamat...tp memg best..rasa nak pg lagi..kat situ mmg mcm2 ade ..dan kt situ jgkla letanya Universal Studio singapore...

Singapore bg aku same je macam Malaysia cuma ade bebrapa perkara yg berbeza..1st sekali of course la bab kebersihan..memg bersih,kedua dari segi kemajuan..cepat,efisyen..train kalo ckp 3 mnt sampi memg tepat 3mnt smpai.transportaion kat sn memg best..dia punya stesyen bas mengalah kan Lcct hehehhe cangih mangih..cuma dua je yg x bestnye...toilet dia x de paip..kena pakai tisu..leceh skit...then shopping mall dia x de surau..ape pun kn cari masjid..sush skit la kalo bg org yg x biasa..nak cr masjid..jauh la plak..ape pun alhamdulillah best..pengalaman yg menarik..

Tuesday, February 1, 2011

Impian & mimpi

terasa boring pulak malm ni..actually mula2 tadi mcm dh kehilangan mood nak tulis blog..tApi niat di hati tu ade..heheh jadi dalam dok tengah aku menaip soalan untuk exam anak2 murid aku kat sekolah tu apa salahnya menulis sesuatu yang terlintas di kotak fikiran..ni berkongsi dengan sesiapa yang ingin membaca..apap pun it's just my story...kalau x suka it's up to you k..jgn baca..:)senang dan mudah kan...nak buat ape susahkan kan kepala...buat rungsing je...

saje aku mau tulis tentang mimpi aku malam kelmarin...agak cam malu jugak tapi entahla..teringin nak menulis ...i'm pregnant..huhuh itu la mimpi aku..waktu tu aku rasa cam bhgia sgt..yela mana tidaknya dalam mimpi tu aku rasa mcam ade satu nyawa yang hidup dalam perut aku..huhuhu ..rasa macam real..aku rasa mcm ade sinar bhgia dalam hidup aku...aku ada suami yang aku cinta,yang aku syg and i will become a mother..sgt bhgia...aku mimpi macam ni maybe sebelumnya tu aku ade berchating dengn classmate aku dulu saje tnya khabr, aku tgok gambar wife dia yang sedang sarat mengandung...hmm bhgianya la hai..aku sebenarnya tumpang gembira..yela kawan2 kan...sure la happy kan..tu yg sampai termimpi2..



hmm maybe bila usia dah menginjak separuh abad ni perasaan untuk memikirkan tentang kehidupan akan datang tu lebih kerap muncul di kotak fikiran..ingin punya keluarga sendiri ..punya anak2 yang comel..hmm walaupun agak memenatkan tetapi itulah sebuah kehidupan..aku menulis ni bukanla aku terlalu terburu-buru untuk melangkah ke alam itu tetapi..itulah fitrah seorang manusia...menyayangi dan ingin di sayangi..tambahan pulak bila tgok kawan semua dengan anak sendiri..hati tu pasti terdetik sesuatu..harap2 impian aku tercapai membina mahligai bhgia bersama orang tersayang...amin ya Rabb..

semalam aku layan feeling sorang2 nonton vcd korea..ya Allah ai..sedih gyler citer tu..crita yang mengisahkan kasih sayang seorang isteri kepada seorang suami yang telah didiagnoskan lumpuh..cerita yang mengisahkan kesetiaan.dan penghargaan.argh..mcm2 la...sgt menyentuh perasaan sampai aku boleh termenangis..huhuhu...feeling btolkan...??? tp biarla...itu yg aku rasa puas..jnji aku tak kacau orang..aku buat keje aku...

Wednesday, January 26, 2011

Alhamdulillah dan terima kasih

Alhamdulillah aku syukur sangat aku dilahirkan dalam keluarga Islam dan keluarga aku memang mengamalkan cara kehidupan Islam.aku actually nak citer pasal jiran sebelah rumah aku ni..jiran sebelah umah aku ni kiri kanan bukan melayu sebelah kanan ada family cina tap alhamuillah aunty chinnese tu baik la ngan kami...dan sebelah kiri umah aku ni orang negro..hurmm yang menjadi masalahnya ialah jiran sebelah kiri umah aku ni..ya Allah selalu suka buat bising sampai tak kira siang ke malam ke tengah malam ke,memang suka berparti and suka minum arak...memang kalau pagi2 tu kat luar besepah tin ngn botol "casrlsberg". Memangla diorang x pernah kacau aku and house mate yang lain itu pun syukur alhamdulillah kalau tidak parah..memang menakutkan..aku bukan nak pandang serong pada orang2 negroni@ nigeria...maybe ade setengah daripada diorang baik dan berbudi bahasa tetipa oleh kerana ada segelintir yang mempunyai masalah sebitu habis semua kita cop org negro ni tak baik..yang paling aku x tahan sangat 2 malam lepas diorang mabuk kat dalam umah..kalau anda semua nak tau apa yang dioran cakap kat dalm umah memang dengar sebijik2 kat umah aku..suara diorang kuat.kalo bercakap biasa pun kuat inikan pula gaduh lagi la kuat...kebetulan dalam rumah tu diorang tggal lelaki ngan perempuan maybe boyfreind and girlfreind...tapi yang hebat nya lelaki mau dala 5 orang pompuannya kadang2 sorang kadang2 2 orang...malm tu aku dengar diorang gaduh pastu tetiba aku dengar pompuan ni dah jerit2..dalam dok sedap tido and tengah asyik mimpi sekali dengar macmtu aduh geram pun ade tapi bnyak nye takut...pompuan ni jerit pastu aku dengar dia lari dan pegi tendang2 pintu grill nak bukak pastu aku dengar dia pegi bukak gate samabil berlari meraung ngan kecoh lelaki2 tu..macam berlaku pergelutan...hurmm memg menyeramkan sekali aku dengar suarapompuan tu dah kat kat luar kat jaln sambil menangis kuat..hurmm then pastu dalam 5 minit ade lelaki keluar pujuk2 dia lebih kurang 15 mint baru reda..waktu tu aku memang cuak sanagt aku takut sangat kalau dia datg kat kawasan umah aku ke..apa nak wat memg la nak tolong tapi memndangkan ade lelkai negro yang gagah2 perkasa tu huhuhu kecut perut..dalam pada tu aku berfikir...aku bersyukur sanagat aku dilahirkan dalam Islam..dan dalam keluarga yang masih mengamalkan cara hidup Islam walaupun yela tidaklah setinggi mana ilmunya tapi masih berlandaskan Islam..

huhuh tutup citer pasaltu ...
ade citer baru Insya Allah tak lama lagi aku bakal jadi cikgu sukarelawan kepada budak2 kemboja...hahah kadang2 aku macam tak percaya gak aku punya bidang ppendidikan ni makin hari makin bercambah macm pokok yang baru naik tunas..yela dari ngajar ngaji aku ajar tuisyen walaupun ade yg orang x bayar..tp x kisahla...aku hnaya menyampaikan ilmu Allah..pastu aku mengajar Budak GOLD anak2 auntisme, then ngajar tuisyen lagi dan lagi...dan kali ni aku baru nak menceburkan diri dalam bidang sukarelawan plak mengajar b.melayu untuk adik2 yang baru datang dari kemboja..Aku mohon moga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk aku mempejuangkan cita2 aku ni..huhuhu terima kasi MAK dan AYAH kerana melahirkan aku ke dunia ni..dan memdidik aku sehingga aku jadi begini walaupun tidak sehebat mana tapi alhamdulillah aku boleh mendidik x banya sedikit..dan terima kasih kepada pihak yang mempercayai kebolehan aku mengajar terutamanya pengetua sekolah aku,ibu bapa yang mintak aku ngajar tuisyen...and ummu solehah sekeluarga yang membuka ruang untuk aku menjadi seorang sukarelawan..terima kasih..cuma kebelakangan ni aku ade membuat beberapa kesilapan...hurmmm harus diperbaiki supaya mutu pembelajaran dan pengajaran lebih berkualiti dan tidak pada takuk yang lama....

ingt nak upload gamabr tp intenet slow sgt

Monday, January 24, 2011

progress my cross stitch project

hari tu pas je cuti Thaipusam aku kena demam selsema..hurmm cuba bertahan untuk x nak demam x nak sakit..tp sakit jugak..yelakan apa la daya kita sebagai seorang manusia..seorang hamba..Allah cakap sakit..sakitla..tak pela mudah-mudahan sakit ini kafarah pada setiap dosa2..yang lalu...ari khamis aritu aku pg klinik ambik ubat..then Doktor kasi MC untuk ari jumaat..doktor suruh aku rehat kat umah..hmm pikir dua tiga kali jugak nak cuti nak pg keje..nak cuti nak pegi keje,tapi memandangkan tekak aku pun sangat sakit...nak bercakap kuat memng x blh..so aku pikir kalo aku pg sekolah pun x blh nak ngjar nak wat per...lagipun tau la kan mengajar kat sekolah tu suara mesti mau power..kalo tak power x lut..budak2nya x makan saman..tambahan pulak sekarang ni student kau bertambah ramai..dan pesen kat sekolah aku plak dari A sampai z cikgu mesti jaga..nak makan ke nak balik ke..nak pergi riadhah ke nesti dengan cikgu...so cikgu mesti kena kuat..kena sihat..kalo sakit memgla...penat sangat..bukan senang nak handle..tak boleh lepas tangan macmtu jer..tambahan pulak sekolah aku tu menumpang di kompleks kerajaan ada orang keje pejabat apa semua..so tak boleh bising sangat kalau tidak sure dia punya pengarah akan komplen...hurmmm dasyat kan...semuatu nak kena jaga tu..yela tau la budak-budakkan bukan tau nak tutup mulut..kadang2 cikgu dah macam tarzan...huhuhu tak malu dah kat orang sekeliling...terpanjang lebar pulak cerita babni.=)..harini demamnya dh ok..cuma selsema..sampai sakit urat-urat kepala..semalam takde pulak sakit.. pagi tadi pas bangun dari tidur nak sujud nak rukuk semayang pun sakit sangat rasa nak terkeluar mata2...maybe "mukus" bnyak sangat yang tak keluar kot..sakit..ni pun masih tersa denyut2 cuma okey skit la..kalo ade sesiapa yang ade petua nak elok cepat sakit camni bagtaula ye...

sebenarnya nak crita pasal progress project cross stitch aku tu...waktu aku dpat MC tu aku boring2 aku buat la..huhuhu dah nak siap dah. Bahagian depan dh siap tggal blakang je skit lagi..ni sakit kepala..susah pulak nak wat..harap2 cepat sembuh sakit tak tahan...tambah pulak nak ngajr...amien..



ni la bahan-bahannya...sebelum di X stitchkan...



dah separuh jalan...



dah siap tapi depan jela

tapi maaf la gambarnye x brapa clear cz ambik pakai hand phone..=) hope enjoy the picture..ade nak tempah ker?

Wednesday, January 19, 2011

story about my student & solat

alhamdulillah taun ni seperti yg aku ceritakan pada entry yg lepas2 aku buat home tuition...setiap hari ade dr isnin sampi sabtu...huhuhu Penat?memg penat..tp yela dr x buat ape pun baik aku mengajr kan..selain dr dpat sebarkan ilmu dpt juga tmbh kan ilmu..

So for this entry..aku nak citer pasal anak murid aku ni "Yudin and Amy" yudin age is 7 years old and amy is 11 years old..actually aku nak ngajar diaorg ni cabaran jugak cz budak diaorg ni memg speaking english 24 hours...ckp melayu pun skit2 je..then x brapa paham sgt especially yudin..yela maybe dr kecik memg diorg semua speaking english drpd maid,atok,nenek,mak ayah speaking omputih..fuuh..cabaran bagi aku...yela bukan senang nak terang bab agama dalam english..whatever pun i will do my best.and the same time i also improve my english..diaorg ni aku ngajar iqra ngan fardhu ain..

diaorg pasal fardhu ain memg x tau pape..basic skit2 je..tp alhamdulillah sangat terang hati dan yang aku terharuya diaorg sgt berminat untuk blajar semayang...kadang aku pelik jugak ade org dewasa pun x teringin nak blaja semayang tp budak2 pulak yg berminat dan berkobar2 nak semayang.sebelum ni aku ajar diaorg just practical.try to memorize bacaan dalam solat..pergerakan solat...hurmm alhamdulillah diorg cepat dpt..cuma loghat mat salleh dia tu tebal skit..

hurmm yang aku sgt terharunya hari ni..diaorang mntak kat aku.."ustzah can we do the real sembahyang, i want do the real sembahyang"...ni ayat amy..aku cam wah..ini udah bgaus cumam cam terkejut skit la..yela bukan senang budak2 nak mntk semayang tambah plak diorg ni bkn sekolah agama..sekolah private biasa..yg memg blajar pun jus basic p.islam.kafa pun x de..then aku tnya yudin pulak.."Yudin also want to do the real sembhyg?" so aku pun x nak la memandai2 kat umah orang kan..then aku suruh la bdak2 ni ask their mother permission..so td we do the real sembhyg.walaupun bacaan dan pergerakan masih x brapa betul tp it's ok for the 1st time kan??.alhamdulillah..diorg wat sugguh2..nampak kesungguhan diorg...nak blajar...nak tau solat..serius aku terharu..yg aku lagi terharunya si amy siap nak simpan lagi telekung dia untuk adik dia yg kecik pakai...so aku fikir budak ni bkn sebarang budak..dia pun nak adik dia sama2 ngn dia..

ape pun aku megharapakan diaorg terus nak belajar...iAllah aku akan buat yg terbaik untuk diaorg...duit bukan ukuran tapi hasil didikan aku..ni pun blh dikira amal aku jgk...harap2 Allah terima..dan yudin and amy tak kan pernah jemu belajar...amin...

Wednesday, January 12, 2011

habis madu sepah di buang & My second project mobile phone charm cross stitch kits..

kita semua mesti dah biasa dengar perumpamaan seperti tukan..dalam kehidupan ni sebenarnya dah biasa dan kt akan melalui situasi sebegini..x kira la siapa org tu,apa jawatan dia sekali pun, berapa usianya..pasti akan melaluinya..kadang2 aku pelik jugak dengan sesetengah sikap manusia yang berperangai begini..bila diperlukan orang tu ditatang bagai minyak yang penuh, dijulang tinggi tapi bila dah tak diperlukan dibiarkan begitu seperti nasi yang dibiarkan..lama kelamaan menjadi basi..hurmm biasala lumrah alam..

Cuma sebagai manusia yang digunakan akal fikiran yang waras dan matang..sepatutnya kt x perlu ade sikap buruk yang sebegini..kt kena ingat tak selalunya kita di atas..kadang2 kita akan dibawah jugak..dan kt jugak memerlukan orang lain untuk membantu, menyokong kt..huhuh.cewah aku becakap mcm motivator plak...x dela just nak share..kadang2 kt tak perasan dan x sedar tentang benda2 ni semua...ok la..don't want to talk much about that...:)

hahha harini pas balik dari mgjar tuition kat PJ tetiba tekak ni teringin nak makan cheese tart ngn egg tart.so dengan semngtnya aku drive la ke taipan.kt kedai kek berry's hurmm nak beli benda alh tu..kadang2 bila penat2 keje nak jugak mnje kan diri kan..sian dia...hmm sedap..


pastu aku singgah kedai mayfair kraf kat area situ jugak..bli barang cross stitch.. nak wat the next project..adalah....huhuhu "mobile phone charm cross stitch kits" bunyi cam best je kan..harap2 mnjadi..



ni cntoh je..mcm ni..tp yg sy nye blum jd lagi masih dlm plastik..hehehe

Tuesday, January 11, 2011

my cross stitch

actually saje je nak posting gambar cross stith ni tp x siap2 lagi..adi skit je lagi..yela skrg ni aku agak sibuk skit..jadual pack hari2 x de masa nk write somthg dlm blog..tp niat di hati tu memg nak..hurmm tp yela masa tak mengizinkan...juga tenaga juga tak mengizinkan..ni pun sebenarnya dh ngntok2 gak..tp memandangkan dah terbukak internet so tulis jela..heheh...
ni cross stitch yg aku wat..sila comment..to k.yati...komenla..heheeh akak kan sifuu..





ni set benang aku..heheh bnyak x?